Jumaat, 9 Februari 2018

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018


Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Amanat Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018.

Seawal 8:20 pagi kami dah sampai di dewan.  Alhamdulillah, murah rezeki..dapat breakfast nasi lemak dan air kotak. Bolehlah isi perut dulu sementara tunggu meeting ni tamat.

Nyanyian lagu Negaraku

Nyanyian lagu UiTM Dihatiku

Ucapan dan Amanat Rektor UiTM Cawangan Melaka

Selamat ulangtahun kpd fakuti-fakulti ni


AJK program sedang sibuk buat preparation ...
so umi snap dulu

Harini banyak info baru disampaikan kepada kami.  Banyak tugasan & keperluan yang harus disempurnakan/dilaksanakan.  Semoga Allah berikan kekuatan kepada kami untuk mendokong aspirasi dan amanat yang diberi.

Umi bersama kawan-kawan fakulti


Btw arini umi rasa gembira sebab dapat berkumpul dengan kawan-kawan bukan hanya dari fakulti yang sama, tapi kawan-kawan dari fakulti lain juga.  Time ada meeting gini dapatlah berkumpul beramai-ramai dan bertanya khabar.  Program tamat lebih kurang jam 12:30 tengah hari.  Semua dah lapar, so laju jer kami pi makan.  Alhamdulillah, setel 1 meeting.  Tinggal 1 lg meeting ptg ni.  Sementara tu balik ofis dulu untuk rehat dan solat.  Sempat berbincang dengan kawan umi, Kelly untuk trip akan datang.  Banyak benda juga nak diteliti sebab melibatkan banyak perkara kan.  Inshaallah..lepas brainstorming tu banyak kuga dapat input berguna.  Alhamdulillah...ok....jom bersiap untuk next meeting...😊😊


Selasa, 6 Februari 2018

Minyak aromaterapi

Selamat malam .....
Sebelum lelapkan mata, umi nak share pengalaman baru menggunakan Pati minyak jenama Sutra.  Rasanya produk ni dah lama ada di pasaran. Yang paling tak sangka lagi, rupanya business ni berasal dari Masjid Tanah, Melaka. Hehe kelakar...memang sebelah jer ngan daerah Alor Gajah ni.  Bila umi buka website nya, barulah umi tahu, rupanya banyak lagi rangkaian produk Sutra ni. Ni website yang umi refer untuk obtain info tentang produk dan rangkaiannya  sutra.com.my

Asalnya sekadar umi suka-suka google je nak cari info dan upgrade tips anti stress, taraaa..terjumpalah tentang Sutra.  Dua ari lepas terus cari seller dan arini dah sampai.  Memang tip top servis seller tu👍👍👍👍, dah la free postage, dapat lagi percuma sample gel mandian. Semoga dia dimurahkan rezeki berlipat ganda lagi.
Amin....

Alhamdulillah terus boleh cuba malam ni

Untuk anak-anak, especially adik Haziq, umi nak cuba minyak terapi untuk stimulate percakapannya.  Long & Ngah juga dh bkalickali minta nak calit minyak terapi tu, umi bagi jer.  Baru sekejap tadi umi sapu dan gosokkan kt adik Haziq. Hehe macam dijampi jer, terus induce mood mengantoknya.  Hehe kebetulan kot..memang dah masa tidurnya.  Ok lah tuba-tiba umi pun dah ngantok sangat-sangat dh ni...rasa tak leh brain dah.  Ape-ape umi post dulu, esok umi edit lagi yer.




Isnin, 5 Februari 2018

Ganu....Mu Tunggu Aku Datang Bohhh

Ahha....umi rasa excited sangat nak menulis tentang post kali ni. Terasa memanggil-manggil Ganu tu...hehe...padahal selalu lalu Terengganu tiap kali nak balik kampung.  Hehe tapi betul-betul sekadar lalu jer lah...tak sempat pun nak singgah sebab perjalanan pun masih jauh lagi kan..so bila berpeluang untuk ke Terengganu...seolah-olah dapat g holiday ke obersi gitu rasanya.

Actually, Terengganu ni sangat dekat di hati umi...cewah..hehe...To be exact ialah Dungun lah.  Masih teringat lagi kenangan berada di sana selama 3 tahun.  1st time jejak kaki ke sana pada tahun 2001.  Itulah kali pertama umi berjauhan dengan keluarga selepas menerima tawaran untuk sambung belajar di UiTM Dungun, Terengganu.  Masa tu sedih sangat sebab pengalaman pertama berjauhan dengan keluarga.  Itupun homesick tak sudah-sudah.  By the time 3 tahun...terlalu banyak kenangan manis bersama kawan-kawan di Dungun.  Masa dah tamat study....rasa tak nak tinggalkan Dungun...tempat jatuh lagikan dikenang..inikan pula tempat belajar banyak perkara...bukan setakat belajar akademik, tapi disitulah umi belajar tentang setiakawan, belajar survive uruskan diri, kewangan dan macam-macam lagi lah.  Serius seronok dok sana. Ada masa, kami spent masa mengenali Kuala Terengganu.  Pernah juga umi ikut kawan perempuan umi balik ke rumahnya di Kuantan, Pahang. 

Betullah orang cakap, zaman remaja lah yang paling best.  Macam-macam benda dilalui tentang kehidupan.  Semuanya mendewasakan.  Tak sangka setelah bertahun-tahun tak jejak kaki ke sana, diizinkan Allah untuk ke sana pada Mac nanti, inshaallah. Tak sangka, dalam tak plan nak ke sana, Allah tunjukkan arah memilih Kuala Terengganu.  Walaupun hanya untuk seketika, tapi umi rasa berharga sangat peluang tu.  Pasti tak nak lepaskan peluang untuk menyelusuri kembali memori-memori dahulu.  Yang penting kena pekena keropok lekor bohhhh...Tok rok scetong kalau tak makan keropok lekor bila sampai Ganung bohhh..Hehe. 

Paling tak sangka, kawan-kawan pun join bersama.  Inshaallah kami berlima nanti ke sana.  Semalam dah setelkan urusan booking flight, hotel dan dah discuss flow nya ke sana nanti.  Alhamdulillah..lagi seronok sebenarnya bila beramai-ramai nanti.  Semuanya pun bukan orang Pantai Timur...inshallah..boleh lah umi tengok-tengokkan nanti dah alang-alang ore kito gak. Hehe.  So post ni pastinya akan ada kesinambungan perjalanan umi ke Terengganu nanti. Serius tak sabar nak ke sana..Ganu..mu tunggu aku datang bohhh......


Setel urusan booking lodging kami....

Huk aloh...rindu nyo nak g sini.....

Plan for February & March

Assalamualaikum....

Umi masuk ofis pagi ni...rasa tak tahu nak buat apa.  Selalunya selepas setel urusan hantar anak-anak, umi terus pergi breakfast.  Tapi lately rasa boring jugak makan awal pagi sebab tak lalu.  Tak tahu dah nak makan menu apa.  Hajat di hati umi nak masak kat rumah.  Tapi itulah, plan jer...sudahnya tak sempat-sempat pun.  

Jadi pagi ni masuk ofis..bukak intranet ofis jer baca emel-emel untuk tengok updated info yang berkaitan.  Tengok-tengok telefon pun tertinggal dalam kereta.  Adus...malasnya nak gerak g ambik.  Tapi kena jugak lah kan panas telefon tu dalam kereta kan. 

Sambil-sambil tu, umi tengok kalendar untuk bulan Febuari ni.  Rasanya padat juga aktiviti untuk bulan ni.  Yang penting, 4 appointment dah setel:

1 Feb- Mesyuarat Pra JAN (petang)
2 Feb- Bengkel Semakan BM118 (pagi)
           Post-morterm event MoU (petang)

5 Feb  Mesyuarat Unit MoU Bil. 1/2018 (petang)

Tinggal  lagi beberapa appointment:  

Febuari 2018 

9 Feb -Mesyuarat Akademik Bil. 1/2018
13 Feb-Appointment Adik Haziq @ Hospital Alor Gajah
14 Feb-Amanat Tahun Baru Rektor & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018
14 Feb-17 Feb-Balik kampung
15 Feb-Result final exam keluar
19-22 Feb-Bengkel Vetting
28 Feb-Hi Tea FP&P

Mac 2018 

5 Mac-Kuliah & sesi semester baru bermula
9 Mac-Mesyuarat Fakulti
11-12 Mac-Conference @ Kuala Terengganu
12-14-Event MoU (YPTK Padang, Indonesia)

Kalau dihitung dan tengok list ni, banyak lagi yang perlu umi setelkan.  Banyak persediaan fizikal dan mental harus dibuat untuk setelkan semua tu.  Semoga Allah permudahkan segala urusan umi, anak-anak dan keluarga serta rakan-rakan semua.  Azam umi tahun ini ialah untuk memberikan tumpuan kepada pelajaran anak-anak.  Umi berharap Allah memberikan kekuatan dan ketetapan hati kepada umi untuk terus istiqamah di dalam usaha umi untuk mendidik, memantau dan memberikan kasih sayang serta perlindungan kepada anak-anak umi di sini. Amin.


          

Annual Check Up bersama Dentist

Kiranya entri kali ni kisah throwback bulan Januari lepas whereby umi decide nak bawa dua beradik tu berjumpa dengan dentist untuk annual check up je.  As usual, destinasi kami ialah ke Klinik Pergigian Alor Gajah jer since perkhidmatannya baik.  Umi mengamalkan dasar penjimatan gitu...ok x..hehe...so far rasanya dah banyak kali kami mendapatkan perkhidmatan disini, especially umi lah. Waktu menunggu pun tak lama, jadi umi rasa ok jer. Dulu dah kerap berkunjung untuk rawatan akar gigi.  Hehe..adus...nebes lak bila teringat pengalaman dulu tu.  Hope tak sakit 
berulang lagi.  
Keadaan di kaunter klinik...alhamdulillah
tak ramai sangat orang

Kami disini.....😍😍😍

Umi jadikan aktiviti ni sebagai kebiasaan untuk memantau keadaan gigi anak-anak umi dari masa ke semasa.  Alhamdulillah since dah jadi rutin tahunan, diorang tak takut bila masuk berjumpa dentist.  Siap excited lagi.  

Alhamdulillah, dentist cakap gigi Ngah semuanya dalam keadaan baik. Malah dapat pujian lagi coz gigi Ngah semua elok terjaga.  Gigi Long pun semuanya ok, cuma ada 4 tempat berlubang kecil dan dentist cadangkan untuk datang buat tampalan.  So next visit umi plan untuk buat tampalan pada gigi Long supaya giginya dapat terus bertahan lama.

Lepas dah setel, bawak diorang makan dulu sebelum fetch adik Haziq.  Layan jer la diorang ni kan, sesekali bagi diorang makan kat kedai lah.  Yang selalunya umi beli bungkus je...hehe..

Belanja makan..layankan sajer....

Hehe..ceria Long & Ngah lepas makan yer...

Beginilah sepetang bersama diorang.  Dah menjadi kebiasaan Ngah untuk jenguk ikan-ikan abi di dalam kolam tu.  Kalau tak ditegah, dek sebab terlebih pemurah, diberinya makan sampai penuh kolam..😅😅 padahal ikan tu bukan boleh makan banyak pun.  Tapi tak perlah, umi anggap je lah ikan-ikan tu binatang peliharaan diorang. Adik Haziq pun suka bagi makan ikan-ikan tu.  Tapi satu yang umi perasan, nasib baik diorang tak berani nak tangkap ikan tu.  Kalau tak, tak lama lah umur ikan-ikan tu hehe...

Hello February.....😍😍😍

Assalamualaikum..

Rasanya hampir bersawang dah blog ni..hehe dah la baru create, x byk update pula.  Hehe..nanti umi cerita ya...
Almaklumlah kadang ada masa, mood nya tak datang utk menulis...kadang ada mood, keadaan pula tak mengizinkan.  Apapun umi hanya mampu menulis apabila betul-betul berkelapangan, dengan izinNya.
Alhamdulillah...panjang masa berehat...tiada apa-ap yang umi coretkan coz pelbagai kekangan.  Syukur alhamdulillah...dengan izinNya, manja kasih busyuk umi, adik Haziq dah sembuh dari demam. Umi pula yang sambung. Demam pula, mungkin kerana terkena hujan masa bawak dua beradik tu ke klinik gigi buat check up.  Ingatkan dapat bertahan dan bertabah..hari mula-mula demam, masih cuba bertahan, lepas makan ubat panadol, umi tido je kat ofis.  Tapi rupanya malam tu lebih teruk.  Sampai menggigil-gigil umi, dan yang lebih teruk, ubat pun dah takde.  Nak ke klinik memang betul-betul tak larat dah. Jadi bertahan je lah malam tu. Esoknya lepas hantar anak-anak ke sekolah & nursery, terus bergegas ke klinik dan dapatlah hadiah 1 plastik ubat bersama MC 1 hari. Then terus balik makan ubat dan tido.
Tak setel di situ, Ngah pula terkena serangan jangkitan kuman dan kencing tak lawas. Kesian anak umi, menitik darah masa nak kencing, dan tak lawas.  1 malam tu, ada lah 6,7 kali dia masuk tandas.  Tak sanggup umi tengok dia keluar masuk tandas.  Tapi Allah kurniakan umi anak-anak yang baik, syukur....dalam macam tu pun, Ngah tak meragam dan tak menangis. Anak-anak umi kuat, alhamdulillah.
Besok pagi-pagi lagi lepas hantar Long & adik Haziq, umi bawa Ngah ke klinik.  Puas hati betul, 1 plastik ubat diberi.  Jadi umi bawa dia ke ofis je untuk umi sendiri pantau keadaannya dan bagi sendiri ubat-ubat tu.  Dua hari juga Ngah x pergi sekolah, dok kawan ngan umi jer kt ofis.  Tapi umi rasa lebih selesa macamtu, at least boleh tengok keadaan dia untuk dua hari pertama dia consume ubat.  Alhamdulillah, banyak perubahan dalam masa dua hari ni, since dah makan antibiotik dan ubat lawas kencing.  Umi bersyukur sangat-sangat kepada Allah.  Lega sungguh bila dia dah semakin sembuh.  Tinggal pantau kena selalu ingatkan dia untuk kerapkan minum air masak jer. 
Last sekali Long pula yang demam. Ari Khamis pegi jemput diorang kat nursery, panas garing badannya.  Balik rumah umi terus suap ubat dan suruh dia tidur.  Jumaatnya, dia pula yang tak dapat ke sekolah, umi bawa ke ofis je.  Tak dilupakan umi bawa bekal ubat.  Lepas breakfast, umi suapkan ubat dan tinggalkan dia dalam ofis sebab ada meeting.  Tak runsing sebab dia dah besar dan dah biasa dok kat ofis umi.  Petang pun umi ada meeting, dia ok je dok dalam ofis.  Balik je meeting tengok dia tido kepenatan tu, dan mungkin sebab ubat yang umi dah suapkan tu buat dia mengantok. Sudahnya dengan umi sekali tido, sedar-sedar jam dah pukul 6:00 petang lebih.  Hehe sesekali umi pun tertido sebab non stop rehat dok observe tiga beradik yang tak sihat bersambung-sambung tu.  Alhamdulillah...bila semua dah sihat, lega hati umi.  Abi pun lega bila tahu anak-anak dah sihat.  Semoga umi dan anak-anak terus diberikan nikmat kesihatan yang baik selepas ini.

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018

Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Aman...