Isnin, 5 Februari 2018

Ganu....Mu Tunggu Aku Datang Bohhh

Ahha....umi rasa excited sangat nak menulis tentang post kali ni. Terasa memanggil-manggil Ganu tu...hehe...padahal selalu lalu Terengganu tiap kali nak balik kampung.  Hehe tapi betul-betul sekadar lalu jer lah...tak sempat pun nak singgah sebab perjalanan pun masih jauh lagi kan..so bila berpeluang untuk ke Terengganu...seolah-olah dapat g holiday ke obersi gitu rasanya.

Actually, Terengganu ni sangat dekat di hati umi...cewah..hehe...To be exact ialah Dungun lah.  Masih teringat lagi kenangan berada di sana selama 3 tahun.  1st time jejak kaki ke sana pada tahun 2001.  Itulah kali pertama umi berjauhan dengan keluarga selepas menerima tawaran untuk sambung belajar di UiTM Dungun, Terengganu.  Masa tu sedih sangat sebab pengalaman pertama berjauhan dengan keluarga.  Itupun homesick tak sudah-sudah.  By the time 3 tahun...terlalu banyak kenangan manis bersama kawan-kawan di Dungun.  Masa dah tamat study....rasa tak nak tinggalkan Dungun...tempat jatuh lagikan dikenang..inikan pula tempat belajar banyak perkara...bukan setakat belajar akademik, tapi disitulah umi belajar tentang setiakawan, belajar survive uruskan diri, kewangan dan macam-macam lagi lah.  Serius seronok dok sana. Ada masa, kami spent masa mengenali Kuala Terengganu.  Pernah juga umi ikut kawan perempuan umi balik ke rumahnya di Kuantan, Pahang. 

Betullah orang cakap, zaman remaja lah yang paling best.  Macam-macam benda dilalui tentang kehidupan.  Semuanya mendewasakan.  Tak sangka setelah bertahun-tahun tak jejak kaki ke sana, diizinkan Allah untuk ke sana pada Mac nanti, inshaallah. Tak sangka, dalam tak plan nak ke sana, Allah tunjukkan arah memilih Kuala Terengganu.  Walaupun hanya untuk seketika, tapi umi rasa berharga sangat peluang tu.  Pasti tak nak lepaskan peluang untuk menyelusuri kembali memori-memori dahulu.  Yang penting kena pekena keropok lekor bohhhh...Tok rok scetong kalau tak makan keropok lekor bila sampai Ganung bohhh..Hehe. 

Paling tak sangka, kawan-kawan pun join bersama.  Inshaallah kami berlima nanti ke sana.  Semalam dah setelkan urusan booking flight, hotel dan dah discuss flow nya ke sana nanti.  Alhamdulillah..lagi seronok sebenarnya bila beramai-ramai nanti.  Semuanya pun bukan orang Pantai Timur...inshallah..boleh lah umi tengok-tengokkan nanti dah alang-alang ore kito gak. Hehe.  So post ni pastinya akan ada kesinambungan perjalanan umi ke Terengganu nanti. Serius tak sabar nak ke sana..Ganu..mu tunggu aku datang bohhh......


Setel urusan booking lodging kami....

Huk aloh...rindu nyo nak g sini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018

Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Aman...