Isnin, 5 Februari 2018

Hello February.....😍😍😍

Assalamualaikum..

Rasanya hampir bersawang dah blog ni..hehe dah la baru create, x byk update pula.  Hehe..nanti umi cerita ya...
Almaklumlah kadang ada masa, mood nya tak datang utk menulis...kadang ada mood, keadaan pula tak mengizinkan.  Apapun umi hanya mampu menulis apabila betul-betul berkelapangan, dengan izinNya.
Alhamdulillah...panjang masa berehat...tiada apa-ap yang umi coretkan coz pelbagai kekangan.  Syukur alhamdulillah...dengan izinNya, manja kasih busyuk umi, adik Haziq dah sembuh dari demam. Umi pula yang sambung. Demam pula, mungkin kerana terkena hujan masa bawak dua beradik tu ke klinik gigi buat check up.  Ingatkan dapat bertahan dan bertabah..hari mula-mula demam, masih cuba bertahan, lepas makan ubat panadol, umi tido je kat ofis.  Tapi rupanya malam tu lebih teruk.  Sampai menggigil-gigil umi, dan yang lebih teruk, ubat pun dah takde.  Nak ke klinik memang betul-betul tak larat dah. Jadi bertahan je lah malam tu. Esoknya lepas hantar anak-anak ke sekolah & nursery, terus bergegas ke klinik dan dapatlah hadiah 1 plastik ubat bersama MC 1 hari. Then terus balik makan ubat dan tido.
Tak setel di situ, Ngah pula terkena serangan jangkitan kuman dan kencing tak lawas. Kesian anak umi, menitik darah masa nak kencing, dan tak lawas.  1 malam tu, ada lah 6,7 kali dia masuk tandas.  Tak sanggup umi tengok dia keluar masuk tandas.  Tapi Allah kurniakan umi anak-anak yang baik, syukur....dalam macam tu pun, Ngah tak meragam dan tak menangis. Anak-anak umi kuat, alhamdulillah.
Besok pagi-pagi lagi lepas hantar Long & adik Haziq, umi bawa Ngah ke klinik.  Puas hati betul, 1 plastik ubat diberi.  Jadi umi bawa dia ke ofis je untuk umi sendiri pantau keadaannya dan bagi sendiri ubat-ubat tu.  Dua hari juga Ngah x pergi sekolah, dok kawan ngan umi jer kt ofis.  Tapi umi rasa lebih selesa macamtu, at least boleh tengok keadaan dia untuk dua hari pertama dia consume ubat.  Alhamdulillah, banyak perubahan dalam masa dua hari ni, since dah makan antibiotik dan ubat lawas kencing.  Umi bersyukur sangat-sangat kepada Allah.  Lega sungguh bila dia dah semakin sembuh.  Tinggal pantau kena selalu ingatkan dia untuk kerapkan minum air masak jer. 
Last sekali Long pula yang demam. Ari Khamis pegi jemput diorang kat nursery, panas garing badannya.  Balik rumah umi terus suap ubat dan suruh dia tidur.  Jumaatnya, dia pula yang tak dapat ke sekolah, umi bawa ke ofis je.  Tak dilupakan umi bawa bekal ubat.  Lepas breakfast, umi suapkan ubat dan tinggalkan dia dalam ofis sebab ada meeting.  Tak runsing sebab dia dah besar dan dah biasa dok kat ofis umi.  Petang pun umi ada meeting, dia ok je dok dalam ofis.  Balik je meeting tengok dia tido kepenatan tu, dan mungkin sebab ubat yang umi dah suapkan tu buat dia mengantok. Sudahnya dengan umi sekali tido, sedar-sedar jam dah pukul 6:00 petang lebih.  Hehe sesekali umi pun tertido sebab non stop rehat dok observe tiga beradik yang tak sihat bersambung-sambung tu.  Alhamdulillah...bila semua dah sihat, lega hati umi.  Abi pun lega bila tahu anak-anak dah sihat.  Semoga umi dan anak-anak terus diberikan nikmat kesihatan yang baik selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018

Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Aman...