Ahad, 21 Januari 2018

Manja Kasih Umi Demam

Al kisahnya Khamis yang lepas umi tengok anak manja umi tu macam tak larat jer.  Makan pun tak bersemangat.
, diam tak aktif jer.  Umi rasa macam tak sihat jer tu. Harapnya tak demam sebab rasanya dah lama manja kasih umi ni tak demam.

Manja kasih yang suka pakai kasut sekolah Ngah

Patutlah semalam (Rabu petang) masa jemput Long kat sekolah agama, dah nampak tak ceria, diam jer.  Bagi makanan pun tak bersungguh makan. So malam tu umi dah suap ubat demam supaya demam tak melarat besok.  Umi bekalkan juga ubat demam esoknya ke nursery kalau-kalau demam belum kebah.  Petangnya cikgu cakap dah ok.  Tapi malam tu umi tengok manja umi makin tak larat.  Asyik meragam je serba tak kena.  Umi decide tak hantar Long & Ngah ke latihan taekwando malam ni memandangkan tempat cabutan gigi umi berdenyut-denyut.  Ya Allah...sakitnya belum berakhir lagi walau dah hampir 2 minggu. Umi ingat nak rehat je malam ni.  Sebab rasa tak larat sangat menahan sakit tu. 

Jam dah pukul 11:00 malam lebih bila umi tengok suhu badan adik makin panas.  Dalam keadaan macamtu, umi tak boleh tunggu lagi, umi bersiap terus untuk ke klinik.  Kepada Long & Ngah, umi sempat pesan supaya tidur je kerana dah masa tidur mereka.  Umi berserah kepada Allah sahaja bagi memelihara keselamatan mereka.  Terus umi tinggalkan mereka di rumah dan bergegas ke klinik di Cheng.  Sampai jer di klinik, adik muntah.  Umi bsrsyukur kerana segera ke klinik.  Jika umi tak ke klinik tadi, umi pasti menyesal lihat adik seperti tu.  Syukur Ya Allah yang menggerakkan hati dan naluri umi untuk bergegas ke klinik.  Nasib baik juga umi ada bawakan tuala, terpaksalah umi selimutkan adik dengan tuala sahaja memandangkan baju dan seluar dah habis terkena muntahnya. 

Doktor yang memeriksa memberitahu umi bahawa suhu badannya panas.  Selain itu, Dr juga meminta umi untuk menjelur badannya malam ni.  Memandangkan adik juga ada batuk dan selsema, Dr cakap adik juga harus consume antibiotik dan harus makan sehingga habis.

Bertabahlah sayangku....


  • Jadi bila umi sampai di rumah, umi terus memastikan manja kasih umi untuk makan ubat-ubat tersebut.  Kesian juga sebab banyak tu, 4 jenis semuanya.  Menangis-nangis manja umi nak habiskan semuanya.  Hati umi macam tisu, tapi umi terpaksa juga menahan mendengar tangisannya supaya manja umi cepat sembuh.  Siap semuanya umi pujuk manja untuk tidur.  Sambil tu umi lapkan badannya dengan tuala basah.  Lega umi tengok adik dapat tidur akhirnya.  Lena nampaknya kerana penangan ubat demam, batuk & cairkan kahak, ubat selsema dan antibiotik.  Semoga adik cepat-cepat sembuh ya sayang...Malam ni umi harap umi dapat pantau keadaannya.  Syukur adik takde terjaga sepanjang malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018

Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Aman...