Jumaat, 19 Januari 2018

Ikan Siakap Kukus

Arini dah plan nak masak ikan siakap yang beli minggu lepas.  Asyik tertangguh jer nak masak, al maklumlah memang ari kerja umi jarang sangat memasak. 

Since ikan siakap tu umi dah siang dan bersihkan awal-awal lagi, arini proses memasaknya tak lama pun.  Lagipun uni bukan pandai sangat masak, jadi dari segi penyediannya tak lah terlalu complicated. Kali ni umi nak masak 2 ekor ikan siakap, so that anak-anak boleh makan extra sikit.

Bahan-bahan yang umi gunakan:

1.  Ikan siakap 2 ekor (saiz sederhana)
2.  3 ulas bawang putih (mayang halus)
3. Bawang merah 4 ulas (mayang)
4. Halia (dalam 1 inci) (potong panjang)
5. Cili merah (3-4 biji) (hiris halus @ letak macam tu jer)
6. 3 sudu sos ikan
7. Sedikit jus limau nipis (since xder limau nipis, umi guna lemon jer)
8.  Garam & gula secukup rasa

Daun limau purut, bawang2 dan serai yang sudah diketuk

Perapkan dengan 1 kiub ayam & sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar

Masukkan sos ikan, sesikit garam, gula dan semua yang dipotong tadi termasuklah jus lemon

Kukus dalam 15 minit & tara.....siap untuk dimakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018

Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Aman...