Jumaat, 19 Januari 2018

Pendaftaran Kelas Taekwando Anak-anak

Umi masih ingat lagi, minggu ke dua sekolah bermula, Abg Long bawa balik flyers mintak umi baca.  Beriya Long nak masuk taekwando.  Umi buat tak tahu jer.  Tapi kessian pula tengokkan dia bersemangat tu, umi pun cuba-cuba lah dapatkan info lanjut tentang segala kos dan sesi belajarnya. 

Tanpa buang masa lagi, umi terus kol nombor phone kat flyers tu. Umi rasa berpuas hati so bagitau abi terus, then terus g daftar.Mungkin rezeki anak-anak umi, umi dapat grab time promosi, memandangkan umi antara 10 orang terawal yang register, anak-anak dapat freegift yang berharga RM40.00 sorang. Then diorang dapat join sesi latihan (rutin 1 kali seminggu = 4 kali sebulan) tapi yg. special nya, diorang dapat unlimited training. So boleh jer nak pergi berapa kali dalam seminggu di tempat2 latihan yang sedia ada. Apa lagi diorang tu, seronok lah. Last week umi antar 2 kali training. Minggu ni tengok lah 2 or 3 kali ker. Nak pilih tempat2 yang terdekat. 2 kali di Alor Gajah dan 1 kali di Paya Rumput. Inshaallah.

Teacher cakap kat sekolah pun ada taekwando. Tapi banyak proses dan level nya kalau nak masuk bertanding di peringkat negeri or national. Tapi kalau melalui persatuan peringkat negeri macam diorang, kanak-kanak yang berkelayakan boleh terus masuk bertanding di peringkat negeri.
Lagi satu sekarang aktiviti taekwando pun ada merit bagi pelajar di peringkat sekolah. Um tak kisah pun sebab aim umi ialah nak bagi anak-anak belajar asas pertahanan diri jer. Selebihnya biarlah bergantung kepada rezekiNya. Yang penting pengisian yang baik untuk anak-anak umi.

Seriusly hati umi memang macam tisu. Tengok teacher @ master pakaikan baju taekwando pun umi rasa dah sayu. Padahal bukan ape-ape pun..hehe. Master cakap parents xdigalakkan berada masa anak-anak training. So esok malam umi just akan pegi anta dan pick-up bila tamat training.
Sesi training berjalan selama 1 1/2 jam. Sepanjang perjalanan balik rumah, tak henti-henti dok mention master. Nampaknya seronok betul diorang ni.

Lepas daftar terus join kelas

Jangan cakap umi & adik x support ok.....

Dua-dua excited tu...

Long yang happy

See...Ngah yang paling kecik...hehe

Bercakap pasal kelas taekwando ni, bukan lah target umi untuk anak-anak ranking up ke level yang tertinggi.  Jauh lagi nak pikir sampai ke black belt tu.  Tapi lebih kepada untuk mendisiplinkan mereka dan menambahkan aktiviti yang bermanfaat untuk mereka.  Sebenarnya banyak faedah yang dapat diperolehi melalui aktiviti seperti ni termasuklah:

Sumber:  Google

Selain daripada itu, parents juga haruslah komited dan willing untuk bear dengan kos-kos yang akan terlibat sepanjang proses pembelajaran anak-anak.  Sebagai contohnya untuk kedua-dua anak umi ni, kos yang terlibat pada hari pendaftaran tersebut ialah RM230 (Pendaftaran & bayaran bulan pertama RM30) x 2 orang.  Jadi hari tu umi bayar RM460.00  Mengikut master, kaedah bayaran bulanan pada bulan seterusnya ialah perlu membayar sebanyak 3 bulan seterusnya (RM30 x 3 bulan) x 2 orang.  Jumlahnya ialah RM180.00.  So bayaran tersebut adalah bagi yuran bulan Feb-April.    Sekiranya anak-anak umi dah layak untuk ke peringkat seterusnya, akan ada bayaran lain bagi membeli peralatan kelengkapan pertandingan.  Apa-apa makluman akan diberitahu dari masa ke masa.  So setakat ni yang perlu ialah diorang menghadiri training tu setiap minggu dan kalau umi rajin, boleh lah umi menghantar diorang dengan lebih kerap lagi di lokasi-lokasi traning yang telah dimaklumkan.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018

Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Aman...