Selasa, 9 Januari 2018

Appointment Bersama Dr. Pakar ORL/ENT Hospital Besar Melaka

Mata dari semalam masih belum dapat pejam. Mengenangkan perjalanan esok semoga baik2 sahaja. Esok adik Haziq ada appointment di Hospital Besar Melaka untuk repeat ujian pendengaran. 1st ujian tempoh hari failed sebab banyak sangat gangguan. So esok umi dah awal-awal lagi pilih untuk dia ditidurkan masa ujian tu nanti.  Inshaallah l, fikir yang baik-baik sahaja ok...💪💪




  




Steady Long & Ngah
                                            



Memandangkan appointment adik jam 8:30 pagi, umi kejutkan anak-anak awal arini.  Semuanya terkial-kial kena bangun awal arini, termasuk adik Haziq.  Dari jam 5:00 pagi lagi umi dah kejutkan diorang untuk bangun bersiap ke sekolah arini.  Mujurlah Long & Ngah tak banyak ragam.  Sebelum jam 7:00 pagi umi dah antar diorang ke sekolah sambil berpesan supaya Long tolong temankan Ngah dulu sementara tunggu gurunya buka pintu kelas.  Perjalanan bersama adik Haziq bermula dan pastinya penuh cabaran seperti selalu.  Hari ni hujan renyai-renyai.  Umi memandu sambil cuba menenangkan hati dan memohon segalanya dipermudahkan.  Namun ternyata Hospital Melaka ni memang selalu padat.  Akhirnya umi dapat parking di parkir tertingkat juga.  Arini umi dah ready awal-awal, bawa beg pikul jer senang masukkan segala keperluan adik.  Tak dilupakan kerepek untuk kudapan adik Haziq coz umi dah tahu for sure dia tak nak makan roti di awal pagi.  Nasib baik jugalah bawak.  Sementara menunggu nombor giliran kami, dapatlah hilangkan bosan adik Haziq dan umpankan dia tak mau bagi dia menangis.  Akhirnya nombor giliran adik Haziq dipanggil dan staff tu minta suapkan ubat tidur bagi sesi ujian pendengaran tu seperti yang telah dipersetujui semasa 1st appointment aritu.  Walaupun adik Haqiz menangis disuapkan ubat tu, namun Allah permudahkan urusan kami.  Tak sampai setengah jam selepas minum ubat, adik Haqiz dah terlelap.

Nasib baik ada kerepek & jajan

Hai hai hai

Nakal betul adik Haziq ni

Ubat dah terasa dah....

Sambil tunggu staf tu persiapkan peralatan untuk ujian tu, umi tunggu jer kat kerusi.  Dengan izinNya, dipertemukan dengan satu family yang datang buat ujian pendengaran untuk anaknya.  Bila umi tengok, ya Allah...sedihnya...anak sekecil 6 tahun itu jauh lebih berat ujiannya...sekecil dirinya itu diuji dengan ujian masalah jantung..diusianya itu dah beberapa kali menjalani pembedahan.  Bertahan tak bagi air mata jatuh, namun dengan cepat umi sapu dengan tuala.  Ya Allah...aku terasa ujian buat anakku sudah berat, namun masih ramai yang lebih berat dariku.  Hatiku betul-betul terusik melihat fizikalnya.  Anak kecil ini dikurniakan telinga yang bermasalah, namun ibunya kulihat tabah sekali, seolah sudah dapat menerima ujian ini.  

Sudahnya, sepanjang ujian dijalankan ke atas adik Haziq, aku menangis kesedihan, terasa tak sanggup nak bayangkan kesakitan adik tadi.  Sambil memerhatikan staf tu memakaikan wayar-wayar ke telinga dan kepala adik Haziq, aku cuba membayangkan apakah aku akan setabah ibu tadi jika ianya terjadi kepada keluargaku?  Ya Allah..janganlah engkau menguji kami dengan ujian yang tidak.mampi kami tanggung....amin...

Finally result adik Haziq dah keluar. Pendengaran telinga kiri normal, 30 desibel.  Cuma kanan kurang sikit, 20 decibel.  menurut doktor, berkemungkinan ianya adalah disebabkan selsema adik Haziq sekarang.  Dr bg 3 bulan untuk pantau keadaannya.  Dokor cakap pendengarannya kira normal, dan result indicated that pendengaran bukan punca dia tak bercakap.  Inshaallah Dr cakap dia boleh bercakap.  Umi rasa syukur sangat dengar Dr cakap macamtu.  Jadi umi akan terus mencuba untuk menggalakkan adik untuk bercakap.  Lagipun adik dah semakin memahami percakapan kami.  Umi yakin adik Haziq akan boleh bercakap nanti.  Umi perlu terus positif dan banyakkan aktiviti bersamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018

Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Aman...