Harini umi nak share tentang majlis perpisahan bersama anak-anak akademik umi iaitu pelajar semester 5 MBM1185E. Selama lima semester (2 1/2 tahun) kami dah bersama-sama sepanjang pengajian mereka. Banyak pengalaman bersama mereka, suka-duka sepanjang mereka berada di kampus. Setiap semester akan ada banyak perkara yang harus diselesaikan bersama mereka dan pastinya masalah akademik menjadi agenda keutamaan yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah, mereka ini anak-anak yang tidak banyak ragam dan kerenah.
Pada asalnya umi plan nak masakkan 1 menu untuk majlis ni. Dalam kepala tu dok plan nak masak rendang ayam dan nasi himpit. Tapi tak ada rezeki, sampai harini ni (10 hari), sakit cabutan gigi umi masih belum sembuh. Umi masih lagi terpaksa makan ubat tahan sakit setiap hari. Jadi memang tak der mood dan tak larat nak memasak. End up nya umi decide untuk beli kek jer.
Lepas makan, umi terus ke Masjid Tanah untuk membeli kek. Ujan lebat juga harini. Harap petang nanti ujan dah ok lh.
Memandangkan kami adakan majlis tu secara ringkas, kami memilih untuk mengadakan majlis tu di taman dalam kampus je dan taman tu belakang ofis umi je. Petang tu majlis berjalan seperti yang dirancang. Alhamdulillah, hujan pun dah reda. Sejuk jer suasana, just nice untuk majlis ringkas kami. Umi mengambil kesempatan tu untuk memberikan ucapan ringkas untuk mereka, tidak umi lupakan semoga mereka berjaya di dalam lapangan masing-masing nanti.
Anak-anak juga memberi ucapan ringkas sebagai kenang-kenangan mereka nanti. Yang pastinya setiap mereka mengharapkan agar ukhwah antara mereka berpanjangan. Inshaallah, panjang lagi perjalanan mereka, sudah pasti mereka akan bertemu lagi.
 |
Say cheese.... |
 |
Senyum..... |
 |
Peace.... |
 |
Senyum lagi |
 |
Ni jer yang mampu umi sediakan |
 |
Sepatah dua kata dari umi |
 |
Bergambar kt depan pintu masuk taman juga |
 |
Masih mahu bergambar lagi |
 |
Diorang cakap..pandang madam... |
Walaupun masa bersama mereka tak lah panjang, namun banyak kenangan yang telah kami tempuhi bersama-sama. Ada masanya umi begitu tegas dengan mereka, ada kalanya umi memberikan ruang dan peluang kepada mereka. Namun syukur alhamdulillah, setiap semester, anak-anak umi akan datang merujuk dan berbincang dengan umi tentang masalah akademik mereka. Paling umi bersyukur ialah mereka ini mendengar nasihat umi, dan mengikut pelan pengajian yang dirangka kepada mereka. As a result, hampir keseluruhan daripadaereka yang akan grad on time (inshaallah). Ada juga kes yamg terpaksa mengambil jumlah jam kredit yang lebih, namun bersemangat dan berusaha untuk dapat grad on time bersama kawan-kawan lain. Syukur alhamdulillah. Ini semua sudah pastinya penting bagi masa depan mereka, dan untuk mereka merancang perjalanan hidup mereka.
Tiada apa yang dapat umi berikan, kecuali kata-kata semangat dan dorongan selain daripada nasihat dan kata-kata motivasi kepada mereka. Bila melihat mereka, ianya seolah-olah flashback kepada umi di zaman belajar dulu. Betapa pada masa itu, terlalu banyak benda yang perlu dilalui. Ada suka, ada duka, tapi semuanya mematangkan diri. Malah pelajar di zaman kini lebih banyak peluang dan ruang. Apapun tamatlah pengsjian mereka di sini. Namun pastinya segala kenangan tidak akan dapat dilupakan. Malah kenangan itu akan tersemat sampai bila-bila. Selepas ini mereka akan terus bertebaran di muka bumi Allah yang luas ini. Allah jualah yang merencanakan takdir dan rezeki mereka nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan