Sebenarnya post ni patut umi write up semalam sebab umi buat sardin gulubg tu semalam. Tapi kerana kemangan masa dan dah penat lepas masak beberapa menu, jadi tak sempatlah nak share semalam. Takpe, lagipun umi tulis binsekadar mengisi masa, jadi time ada masa free barulah umi menulis. Lagipun tak der ape-ape2 yang istimewa pun pasal masakan umi ni. Selalunya yang biasa-biasa saje sebab umi tak pandai masak sangat. Setakat cukup boleh dimakan dengan ahli keluarga je (itupun kadang-kadang anak-anak tak sula makan apa yang umi masak hehe). Nasib lah badan. Yang umi tahu, anak-anak umi ni jenis tak makan sangat. Itu yang senang jer, ari-ari balik kerja, umi tapau kan ker samada nasi goreng cina, nasi goreng sotong ataupun nasi goreng ikan masing. Yang pasti request umi ialah tak nak pedas langsung. Hambar jer rasa semuanya hehe.
Ok berbalik kepada menu kali ni, sebenarnya ada cerita di sebalik craving umi untuk buat sardin gulung ni. Dipendekkan cerita, sebenarnya inti sardin tu umi dah tumis 2 hari yang lalu, buat makan bersama dengan roti puri. Memandangkan kalau makan roti puri, anak-anak biasanya akan makan begiti sahaja @ paling-paling tak pun, diorang akan cicah dengan susu manis. Tambahan pula, cabutan gigi umi masih tak sembuh sepenuhnya lagi, jadi tak dapatlah makan beriya. Jadi umi simpan sambal sardin tu dalam peti ais dulu.
Resipi membuat kulit sardin gulung ni tak ada sukatan khusus pun. Umi ingatcingat zaman sekolah menengah dulu, mak umi memang selalu buat sardin gulung untuk kami. Dan yang selalunya umi yang akan bantu ibu untuk menguli kulitnya tu.
Bahan-bahannya ialah:
3 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam halus digaul dengan sedikit air
3 sudu marjerin
Sedikit minyak masak (panaskan)
![]() |
Jom kita mula |
![]() |
Bertabah nak snap minyak ni sambil 1 tangan pegang kamera hehe |
Selepas adunan dah sebati, bolehlah ditambah dengan air garam tadi. Tambah air secara sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak terlalu keras atau terlalu lembut.
![]() |
Uli sehingga menjadi doh macam ni |
![]() |
Tutup dengan tuala basah seketika |
![]() |
Merah2 tu minyak tumis sardin..hehe |
![]() |
Alhamdulillah..dapatlah merasa sardin gulung harini... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan