Beberapa hari lepas masa umi invigilate final exam dengan kawan umi, Caca...umi ada bertanyakan tentang macamana nak buat apple crumble. Sebab umi pernah makan apple crumble yang Caca buat..memang best sangat...Memang air tangan Caca tak pernah tak sedap...semua sedap. Seingat umi, tu lah kali pertama umi makan apple crumble. Itupun dah beberapa tahun dahulu. Tapi teringat-ingat sampai sekarang. Jadi bila umi recall balik, terus terasa teringin nak makan. Tambahan pula dengan perut yang selalu lapar ni...memang memanggil-manggil lah apple crumble tu. Semakin teringin nak makan bila baca whatsapp dalam group, Caca menyebut nak bersilat buat apple crumble. So memang kena buat lah ni.
Balik kerja petang semalam, singgah terus ke pasaraya dalam taman..terus umi grab buah epal hijau. Yang tu paling penting tu..kalau tak der buah epal, tak menjadilah plan umi arini.
Ok ni lah langkah2 yang umi buat untuk siapkan apple crumble. 1st time umi buat ni, hope menjadi lah hehe. Sambil dok recall resipi yang kawan umi ajarkan, umi cuba juga tengokkan resipi dekat internet untuk menambahkan keyakinan umi. Tambah-tambah kali pertama buat kan, tak boleh nak expect akan jadi macam orang dah biasa buat. Tapi apepun, ni lah dia resipi basic yg kena ada untuk menghasilkan apple crumble ni.
Bahan-bahannya:
Bahan A: Untuk inti
*3 @ 4 biji epal hijau (bergantung kpd saiznya..kalau kecik, gunakan 4 biji)
*1 biji lemon (perahkan jusnya)
*1 sudu kecil serbuk kayu manis (kurangkan sikit kalau tak mau kuat sangat rasanya)
1 1/2 - 2 cawan gandum
2 sudu tepung kanji untuk pekatkan kuahnya nanti
Bahan B: Untuk Kulit/Crumble nya
Sedikit garam (secubit garam)
1/4 ketul butter (if takder leh replace jer ngan planta/marjerin 3-4 sudu)
Sedikit baking powder/soda bikarbonat (umi xletak pun)
Sedikit air
*Nak bakar kulitnya nanti, pre heat oven selama 10 minit dalam suhu 190 macam tu. Then lepas tu bakar dulu kulitnya sebelum nak masukkan apple tu. Tapi umi hentam jer terus letak. Sebab umi set kan masak selama 40 minit.
Seterusnya gini lah yang umi buat untuk menghasilkan apple crumble tu.
1. Buah epal dibersihkan dan dibuang kulit. Toskan seketika.
![]() |
4 biji epal hijau & 1 biji lemon |
![]() |
Rupa epal yang dah dibersihkan dan dipotong dadu |
![]() |
Masukkan dalam periuk bersama serbuk kayu manis |
![]() |
Perahan lemon |
![]() |
Gaulkan semua dalam periuk dengan api yang sederhana |
Untuk menghasilkan kulitnya pula..kita campurkan gandum, secubit garam, if perlu letakkan baking powder/soda bikarbonat sikit, then butter (if tak der, ambik 3-4 sudu marjerin). Then gaulkan semuanya. If nak reserve sikit untuk tabur atas permukaan apple nanti, boleh simpan sikit gandum yang digaul ni. If tak, boleh campur sedikit air dan uli sampai menjadi doh yang lembut.
Gambar di bawah ni umi snap untuk tunjukkan step menggaul nya. Inshaallah semoga menjadi.
![]() |
Gandum yang digaul bersama bahan-bahan lain tadi |
![]() |
Umi buatkan doh dan simpan sikit crumble nya |
![]() |
Taraa....macam tak percaya jer dah nak dibakar ni.Ape lah rasanya nanti yer... |
![]() |
Yeay...gini lah hasil tangan umi yang pertama |
![]() |
Magic kan..tadi dalam bekas kaca...Masa nak masuk dalam oven tu, tetiba cuak lak, takut bekas kaca tu tak leh guna. Sudahnya hancur lah doh tu dek sebab umi alihkan ke bekas ni lak |
![]() |
Not too bad kan...Ini lah air tangan umi....hehe..terpaksa berpuas hati dengan rupanya yang tak cantik..Tapi bila makan, alhamdulillah, ada rasa apple crumble :) |
Inshaallah umi akan cuba perbaiki lagi kualiti presentation next time bila umi buat lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan