Isnin, 15 Januari 2018

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu Terimpak (Day 3)

Day 3:  12 Januari 2018 (Jumaat)

Arini masih lagi terasa sakit dan berdenyut, tapi arini umi kena masuk kampus jugak sekejap since ada sedikit perbincabgan tentang urusan krrja dengan kawan-kawan.  Selesai urusan tu, umi keluar makan dengan kawan lorong ofis umi dan Macam biasa, kenalah order bubur nasi.  Hehe. Dah rasa jemu asyik makan bubur nasi jer.  Kejap jer kenyang nya, nanti lepas tu mula lah berkeroncong perut umi. Tapi apa nak buat, umi bersabar je lah dulu. Inshaallah, ini semua sementara je kan. Bila dah sembuh nanti, umi boleh lah makan macam biasa. Masa tu dah tak perlu makan bubur lagi.  Hehe.

Oh ya malam ni aktiviti menghantar anak-anak ke latihan taekwando masih berjalan macam biasa.   Malam ni umi cuba juga pujuk tak antar diorang, tapi jawapannya memang dah boleh dijangka, memang nak pergi.  Hehe...kelakar rasanya Long & Ngah ni.  Beriya sangat nak attend training.  Bila balik rumah, itulah yang dibualkan.  Master pesan itulah, master cakap ini lah.  Hehe.  Walaupun umi penat dan sakit, umi sedayanya mahu memberi apa yamg anak-anak inginkan.  Bagi umi, ini juga sebahagian daripada didikan yang umi nak anak-anak kuasai.  Sekurang-kurangnya untuk pertahanan diri mereka selain daripada menjadikan mereka lebih berdisiplin dan meningkatkan keyakinan diri.  Tambahan pula, abi mereka tiada di sisi, anak-anak lelaki kan sukakan aktiviti lasak.  Jadi tak mengapalah umi layankan jer lah diorang tu.

Malam ni sebaik menghantar mereka ke tempat training, umi terus ke klinik.  Malam ni umi rasa sakit yang extra sakitnya berbanding hari-hari sebelum ini.  Nak kata umi tak makan ubat, umi memang makan selalu ubat tu, berkumur & gosok gigi. Doktor bertanya jika umi nak suntikan pada malam tu.  Bagai pucuk di cita, ulam mendatang lah.  Padahal umi plan nak datang minta ubat tahan sakit jer since ubat hospital tu hampir habis.  Since Dr dah offer, memang umi grab lah.  Dr juga bekalkan ibat tahan sakit khusus untuk kurangkan bengkak, dan ubat tahan sakit untuk dimakan pada waktu malam.  Umi juga dapat ubat antibiotik dan ubat titis ke dalam mulut untuk bagi kebas kawasan yang sakit tu.  Alhamdulillah, banyak ubat tu, dan mudah-mudahan dapat bantu umi di saat-saat umi perlukan. 

Sempat umi singgah KFC untuk belikan makanan kepada anakcanak umi.  Entah mengapa terasa nak spent untuk diorang malam ni, padahal petangnya anakcanak dah makan dah.  Tak apa lah, sesekali kita makan fast food kan.  Umitahu anak-anak memang suka sangat KFC ni.  Cuma umi tak jadikan sebagai kebiasaan lah. Jarang-jarang boleh lah.



Tak sempat-sempat tukar baju dah...Ngah sempat makan 5 ketul nugget, terus tertidur lepas tu.  Penat ya sayang...Long pula steady, dapat habiskan 1 ketul ayam dan pizza chizza.  Selebihnya umi makan dan simpan panaskan esok je lah nampaknya.  Dah la malam ni berbelanja lebih sikit menunya, anak-anak kepenatan kan...tak per lah..esok boleh makan lagi. 

Umi pula tidur lena malam ni dengan injection tadi.  Syukur.  Hope esok semakin ok...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018

Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Aman...