Hari ni makin terasa berdenyut-denyut tempat cabut gigi dan sekitar gigi. Kadang rasa berdenyut tu kat gigi atas, kadang turun ke bawah. Yang pasti memang tak selesa sangat. Selang 6 jam umi akan cepat-cepat telan ubat supaya dapat menahan rasa sakit tu. Tapi walaupun dah telan ubat, sakit tu tetap terasa, cuma kurang sikit je. Rulanya macam ni sakitnya penanganencabut si bongsu tu. Sebelum ni umi dah banyak membaca pengalaman-pengalaman orang yang pernah cabut gigi bongsu ni. Ada setengahnya bercerita yang memang sakit, ada juga yang cakap tak terlalu sakit. So kalau pada pandangan dan pengalaman umi, umi rasa memang sakit. Sebab tu lah, walaupun umi dapat 3 hari MC, tapi umi tetap pergi hantar anak-anak ke sekolah dan ke nursery so that umi boleh berehat sikit kat rumah.
Memandangkan umi tak boleh memakan makanan pejal lagi, jadi awal-awal lagi umi dah mencari kedai yang menjual bubur nasi. Siksa betul nak makan. Kena suap perlahan-lahan jer dan kena berhati-hati supaya tiada makanan yang terperangkap di dalam bahagian lubang gigi yang dah dicabut tu. Dr dah pesan, memang kena bdrhati-hati, kalau tak, memang akan sakit.
![]() |
Bubur nasi & milo ais |
Hari kedua berlalu dengan harapan sakit semakin berkurangan tetapi benda tu tak jadi kenyataan pun. Since sekarang musim final exam, hati jadi tak tenang juga walaupun dapat MC. Sebab tahu banyak benda belum setel, dengan kertas nak marking belum berusik lagi. Ikutkan hati nak jer marking tapi dengan keadaan gigi yang berdenyut-denyut ni, ape benda pun tak boleh nak fokus. So umi duduk diam-diam je lah dulu untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Petangnya seperti biasa umi jemput anak-anak di sekolah dan nursery. Dalam fikiran malam ni dah teringat yang Long & Ngah ada latihan taekwando. Hajatnya tak nak g anta lah diorang malam ni, sebab rasa tak larat. Bila umi suarakan kepada anak-anak, diorang tetap bersemangat nak pergi latihan taekwando. Alahai anak-anak....tak sampai hati umi nak bertegas tak hantar bila tengok diorang tu seronok dan tak sabar nak ke sana. Untuk anak-anak umi, umi gagahkan juga lah. Semoga ini semua menjadi asbab untuk kebaikan anak-anak umi di masa akan datang.
Satu yang pasti dalam keadaan ini, umi selalu kelaparan dan time-time ni lah semua terkenang dan terliur. Umi terfikir-fikir makanan apa yang umi boleh makan dalam keadaan macam ni, dan tibactiba jugak terbayang-bayangkan mashed potato yang pernah umi makan masa jamuan Hari Raya Perdana di kampus tahun lepas. Memang sedap....homemade punya...kalau yang KFC tu tak terasa nak makan sebab dah biasa rasa, dah tahu rasanya. Yang homemade tu, best sangat. Tapi kalau nak order, minimum orderbya ialah untuk 100 pax..adus...takderlah sampai macamtu sekali dapat habiskan kan. So nak tak nak, sebab perut lapar ajer, umi ingat lepas hantar anak-anak malam ni ke latihan taekwando, nak pergi cari barang-barang nak buat mash potato lah.
So terus umi ke pasaraya efamilystore kt Alor Gajah tu dan balik ke rumah untuk menyiapkan bahan-bahan memasak. Berkejar jugak lah sebab nak kena jemput diorang pulak nanti. Masa puntak panjang, diorang berlatih dalam sejam setengah jer. Plus minus dengan masa umi ke pasaraya tu, memang buat kerja macam lipas kudung lah. Oh ya jangan dilupakan sebab boleh buat kerja tu sebabnya umi dah makan ubat tahan sakit..kalau tak..memang tak mampu nak masak tu. So sempatlah umi rebus ubi kentang, buatkan kuah gravy nya..tinggal lagi nak lumatkan ubi kentang. Yang tu tergendala sekejap sebab umi bergegas g ambik anak-anak. Balik tu sambung semula kerja-kerja yang ter3gendala. Alhamdulillah...not that bad. Memang tak dapat lah rasa seperti yang umi makan tu, tapi syukur alhamdulillah. At least, dapat juga isi perut yang kelaparan dan yang penting, homemade kan. Merasalah hasil tangan sendiri sesekali.
Syukur alhamdulillah. Sakit gigi menjadi asbab umi belajar prepare sendiri mashed potato ni. Terima kasih kepada empunya resipi yang umi ambil dari google. Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan mereka. Besar maknanya kepada umi yang betul-betul perlukan makanan begini pada masa ni.
Malam ni dapat tidur dengan senyuman lah sebab dah dapat makan apa yang teringin hari ni. Tapi malam ni keadaan gigi tak banyak beransur pulih lagi. Walaupun dah makan ubat dan dah gosok gigi dan berkumur dengan ubat yang diberi, kesakitannya masih belum berkurang. Malah selang sejam umi terjaga dari tidur kerana terasa sakit berdenyut-denyut. Ala cik gigi...please be nice to me....

Inilah rupa mashed potato yang umi dapat hasilkan |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan