Isnin, 5 Februari 2018

Annual Check Up bersama Dentist

Kiranya entri kali ni kisah throwback bulan Januari lepas whereby umi decide nak bawa dua beradik tu berjumpa dengan dentist untuk annual check up je.  As usual, destinasi kami ialah ke Klinik Pergigian Alor Gajah jer since perkhidmatannya baik.  Umi mengamalkan dasar penjimatan gitu...ok x..hehe...so far rasanya dah banyak kali kami mendapatkan perkhidmatan disini, especially umi lah. Waktu menunggu pun tak lama, jadi umi rasa ok jer. Dulu dah kerap berkunjung untuk rawatan akar gigi.  Hehe..adus...nebes lak bila teringat pengalaman dulu tu.  Hope tak sakit 
berulang lagi.  
Keadaan di kaunter klinik...alhamdulillah
tak ramai sangat orang

Kami disini.....😍😍😍

Umi jadikan aktiviti ni sebagai kebiasaan untuk memantau keadaan gigi anak-anak umi dari masa ke semasa.  Alhamdulillah since dah jadi rutin tahunan, diorang tak takut bila masuk berjumpa dentist.  Siap excited lagi.  

Alhamdulillah, dentist cakap gigi Ngah semuanya dalam keadaan baik. Malah dapat pujian lagi coz gigi Ngah semua elok terjaga.  Gigi Long pun semuanya ok, cuma ada 4 tempat berlubang kecil dan dentist cadangkan untuk datang buat tampalan.  So next visit umi plan untuk buat tampalan pada gigi Long supaya giginya dapat terus bertahan lama.

Lepas dah setel, bawak diorang makan dulu sebelum fetch adik Haziq.  Layan jer la diorang ni kan, sesekali bagi diorang makan kat kedai lah.  Yang selalunya umi beli bungkus je...hehe..

Belanja makan..layankan sajer....

Hehe..ceria Long & Ngah lepas makan yer...

Beginilah sepetang bersama diorang.  Dah menjadi kebiasaan Ngah untuk jenguk ikan-ikan abi di dalam kolam tu.  Kalau tak ditegah, dek sebab terlebih pemurah, diberinya makan sampai penuh kolam..😅😅 padahal ikan tu bukan boleh makan banyak pun.  Tapi tak perlah, umi anggap je lah ikan-ikan tu binatang peliharaan diorang. Adik Haziq pun suka bagi makan ikan-ikan tu.  Tapi satu yang umi perasan, nasib baik diorang tak berani nak tangkap ikan tu.  Kalau tak, tak lama lah umur ikan-ikan tu hehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018

Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Aman...