Ahad, 21 Januari 2018

Manja Kasih Umi Demam

Al kisahnya Khamis yang lepas umi tengok anak manja umi tu macam tak larat jer.  Makan pun tak bersemangat.
, diam tak aktif jer.  Umi rasa macam tak sihat jer tu. Harapnya tak demam sebab rasanya dah lama manja kasih umi ni tak demam.

Manja kasih yang suka pakai kasut sekolah Ngah

Patutlah semalam (Rabu petang) masa jemput Long kat sekolah agama, dah nampak tak ceria, diam jer.  Bagi makanan pun tak bersungguh makan. So malam tu umi dah suap ubat demam supaya demam tak melarat besok.  Umi bekalkan juga ubat demam esoknya ke nursery kalau-kalau demam belum kebah.  Petangnya cikgu cakap dah ok.  Tapi malam tu umi tengok manja umi makin tak larat.  Asyik meragam je serba tak kena.  Umi decide tak hantar Long & Ngah ke latihan taekwando malam ni memandangkan tempat cabutan gigi umi berdenyut-denyut.  Ya Allah...sakitnya belum berakhir lagi walau dah hampir 2 minggu. Umi ingat nak rehat je malam ni.  Sebab rasa tak larat sangat menahan sakit tu. 

Jam dah pukul 11:00 malam lebih bila umi tengok suhu badan adik makin panas.  Dalam keadaan macamtu, umi tak boleh tunggu lagi, umi bersiap terus untuk ke klinik.  Kepada Long & Ngah, umi sempat pesan supaya tidur je kerana dah masa tidur mereka.  Umi berserah kepada Allah sahaja bagi memelihara keselamatan mereka.  Terus umi tinggalkan mereka di rumah dan bergegas ke klinik di Cheng.  Sampai jer di klinik, adik muntah.  Umi bsrsyukur kerana segera ke klinik.  Jika umi tak ke klinik tadi, umi pasti menyesal lihat adik seperti tu.  Syukur Ya Allah yang menggerakkan hati dan naluri umi untuk bergegas ke klinik.  Nasib baik juga umi ada bawakan tuala, terpaksalah umi selimutkan adik dengan tuala sahaja memandangkan baju dan seluar dah habis terkena muntahnya. 

Doktor yang memeriksa memberitahu umi bahawa suhu badannya panas.  Selain itu, Dr juga meminta umi untuk menjelur badannya malam ni.  Memandangkan adik juga ada batuk dan selsema, Dr cakap adik juga harus consume antibiotik dan harus makan sehingga habis.

Bertabahlah sayangku....


  • Jadi bila umi sampai di rumah, umi terus memastikan manja kasih umi untuk makan ubat-ubat tersebut.  Kesian juga sebab banyak tu, 4 jenis semuanya.  Menangis-nangis manja umi nak habiskan semuanya.  Hati umi macam tisu, tapi umi terpaksa juga menahan mendengar tangisannya supaya manja umi cepat sembuh.  Siap semuanya umi pujuk manja untuk tidur.  Sambil tu umi lapkan badannya dengan tuala basah.  Lega umi tengok adik dapat tidur akhirnya.  Lena nampaknya kerana penangan ubat demam, batuk & cairkan kahak, ubat selsema dan antibiotik.  Semoga adik cepat-cepat sembuh ya sayang...Malam ni umi harap umi dapat pantau keadaannya.  Syukur adik takde terjaga sepanjang malam.

Majlis Perpisahan Anak-anak Akademik

Harini umi nak share tentang majlis perpisahan bersama anak-anak akademik umi iaitu pelajar semester 5 MBM1185E.  Selama lima semester (2 1/2 tahun) kami dah bersama-sama sepanjang pengajian mereka. Banyak pengalaman bersama mereka, suka-duka sepanjang mereka berada di kampus.  Setiap semester akan ada banyak perkara yang harus diselesaikan bersama mereka dan pastinya masalah akademik menjadi agenda keutamaan yang perlu diselesaikan.  Alhamdulillah, mereka ini anak-anak yang tidak banyak ragam dan kerenah.

Pada asalnya umi plan nak masakkan 1 menu untuk majlis ni.  Dalam kepala tu dok plan nak masak rendang ayam dan nasi himpit.  Tapi tak ada rezeki, sampai harini ni (10 hari), sakit cabutan gigi umi masih belum sembuh.  Umi masih lagi terpaksa makan ubat tahan sakit setiap hari.  Jadi memang tak der mood dan tak larat nak memasak.  End up nya umi decide untuk beli kek jer.

Lepas makan, umi terus ke Masjid Tanah untuk membeli kek.  Ujan lebat juga harini.  Harap petang nanti ujan dah ok lh.

Memandangkan kami adakan majlis tu secara ringkas, kami memilih untuk mengadakan majlis tu di taman dalam kampus je dan taman tu belakang ofis umi je.  Petang tu majlis berjalan seperti yang dirancang.  Alhamdulillah, hujan pun dah reda.  Sejuk jer suasana, just nice untuk majlis ringkas kami.  Umi mengambil kesempatan tu untuk memberikan ucapan ringkas untuk mereka, tidak umi lupakan semoga mereka berjaya di dalam lapangan masing-masing nanti.

Anak-anak juga memberi ucapan ringkas sebagai kenang-kenangan mereka nanti.  Yang pastinya setiap mereka mengharapkan agar ukhwah antara mereka berpanjangan.  Inshaallah, panjang lagi perjalanan mereka, sudah pasti mereka akan bertemu lagi.
Say cheese....

Senyum.....

Peace....

Senyum lagi

Ni jer yang mampu umi sediakan 

Sepatah dua kata dari umi

Bergambar kt depan pintu masuk taman juga

Masih mahu bergambar lagi

Diorang cakap..pandang madam...

Walaupun masa bersama mereka tak lah panjang, namun banyak kenangan yang telah kami tempuhi bersama-sama.  Ada masanya umi begitu tegas dengan mereka, ada kalanya umi memberikan ruang dan peluang kepada mereka.  Namun syukur alhamdulillah, setiap semester, anak-anak umi akan datang merujuk dan berbincang dengan umi tentang masalah akademik mereka.  Paling umi bersyukur ialah mereka ini mendengar nasihat umi, dan mengikut pelan pengajian yang dirangka kepada mereka.  As a result, hampir keseluruhan daripadaereka yang akan grad on time (inshaallah).  Ada juga kes yamg terpaksa mengambil jumlah jam kredit yang lebih, namun bersemangat dan berusaha untuk dapat grad on time bersama kawan-kawan lain. Syukur alhamdulillah.  Ini semua sudah pastinya penting bagi masa depan mereka, dan untuk mereka merancang perjalanan hidup mereka.

Tiada apa yang dapat umi berikan, kecuali kata-kata semangat dan dorongan selain daripada nasihat dan kata-kata motivasi kepada mereka. Bila melihat mereka, ianya seolah-olah flashback kepada umi di zaman belajar dulu.  Betapa pada masa itu, terlalu banyak benda yang perlu dilalui.  Ada suka, ada duka, tapi semuanya mematangkan diri.  Malah pelajar di zaman kini lebih banyak peluang dan ruang.  Apapun tamatlah pengsjian mereka di sini.  Namun pastinya segala kenangan tidak akan dapat dilupakan.  Malah kenangan itu akan tersemat sampai bila-bila. Selepas ini mereka akan terus bertebaran di muka bumi Allah yang luas ini.  Allah jualah yang merencanakan takdir dan rezeki mereka nanti.


Sardin Gulung (Sardine Roll)

Assalamualaikum....
Sebenarnya post ni patut umi write up semalam sebab umi buat sardin gulubg tu semalam.  Tapi kerana kemangan masa dan dah penat lepas masak beberapa menu, jadi tak sempatlah nak share semalam.  Takpe, lagipun umi tulis binsekadar mengisi masa, jadi time ada masa free barulah umi menulis.  Lagipun tak der ape-ape2 yang istimewa pun pasal masakan umi ni.  Selalunya yang biasa-biasa saje sebab umi tak pandai masak sangat.  Setakat cukup boleh dimakan dengan ahli keluarga je (itupun kadang-kadang anak-anak tak sula makan apa yang umi masak hehe).  Nasib lah badan.  Yang umi tahu, anak-anak umi ni jenis tak makan sangat.  Itu yang senang jer, ari-ari balik kerja, umi tapau kan ker samada nasi goreng cina, nasi goreng sotong ataupun nasi goreng ikan masing.  Yang pasti request umi ialah tak nak pedas langsung.  Hambar jer rasa semuanya hehe.

Ok berbalik kepada menu kali ni, sebenarnya ada cerita di sebalik craving umi untuk buat sardin gulung ni.  Dipendekkan cerita, sebenarnya inti sardin tu umi dah tumis 2 hari yang lalu, buat makan bersama dengan roti puri.  Memandangkan kalau makan roti puri, anak-anak biasanya akan makan begiti sahaja @ paling-paling tak pun, diorang akan cicah dengan susu manis.  Tambahan pula, cabutan gigi umi masih tak sembuh sepenuhnya lagi, jadi tak dapatlah makan beriya.  Jadi umi simpan sambal sardin tu dalam peti ais dulu.

Resipi membuat kulit sardin gulung ni tak ada sukatan khusus pun.  Umi ingatcingat zaman sekolah menengah dulu, mak umi memang selalu buat sardin gulung untuk kami.  Dan yang selalunya umi yang akan bantu ibu untuk menguli kulitnya tu.

Bahan-bahannya ialah:

3 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam halus digaul dengan sedikit air
3 sudu marjerin
Sedikit minyak masak (panaskan)

Jom kita mula
Gambar di atas tu yang sempat umi snap.  Dalam bekas tu umi dah letak 3 cawan gandum, dan tunggu nak letakkan minyak yang betul2 panas.  Umi buat lubang sikit kt tengah-tengah bekas gandum tu, supaya senang nak letak minyak.  Al maklumlah minyak tu kan panas, bekas adunan tu pun plastik. Kalau curah camtu jer mahu nyer cair bekas tu hehe.

Bertabah nak snap minyak ni sambil 1 tangan pegang kamera hehe
Lepas tu biarkan seketika sebab minyak.panas kan. Then bolehlah kaup-kaup menggunakan sudu.  Then dah agak suam, gaullah dengan tangan.  Lepas tu masukkan marjerin 3 sudu tu dan teruskan lagi menggaul sehingga sebati adunan tu.

Selepas adunan dah sebati, bolehlah ditambah dengan air garam tadi. Tambah air secara sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak terlalu keras atau terlalu lembut.

Uli sehingga menjadi doh macam ni
Bila dah jadi doh tu, bolehlah ditutup dengan tuala lembab atau disimpan di dalam peti air seketika.  Umi just tutup dengan tuala jer dan berehat sekejap.  Petang sikit baru umi akan sambung balik.

Tutup dengan tuala basah seketika

So petangnya, umi golek-golek dan dapatlah dalam 12 biji.  Alhamdulillah...tara....jom minum petang dengan anak-anak.

Merah2 tu minyak tumis sardin..hehe

Alhamdulillah..dapatlah merasa sardin gulung harini...


Jumaat, 19 Januari 2018

Ikan Siakap Kukus

Arini dah plan nak masak ikan siakap yang beli minggu lepas.  Asyik tertangguh jer nak masak, al maklumlah memang ari kerja umi jarang sangat memasak. 

Since ikan siakap tu umi dah siang dan bersihkan awal-awal lagi, arini proses memasaknya tak lama pun.  Lagipun uni bukan pandai sangat masak, jadi dari segi penyediannya tak lah terlalu complicated. Kali ni umi nak masak 2 ekor ikan siakap, so that anak-anak boleh makan extra sikit.

Bahan-bahan yang umi gunakan:

1.  Ikan siakap 2 ekor (saiz sederhana)
2.  3 ulas bawang putih (mayang halus)
3. Bawang merah 4 ulas (mayang)
4. Halia (dalam 1 inci) (potong panjang)
5. Cili merah (3-4 biji) (hiris halus @ letak macam tu jer)
6. 3 sudu sos ikan
7. Sedikit jus limau nipis (since xder limau nipis, umi guna lemon jer)
8.  Garam & gula secukup rasa

Daun limau purut, bawang2 dan serai yang sudah diketuk

Perapkan dengan 1 kiub ayam & sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar

Masukkan sos ikan, sesikit garam, gula dan semua yang dipotong tadi termasuklah jus lemon

Kukus dalam 15 minit & tara.....siap untuk dimakan

Simpanan Untuk Anak-anak (Azam Tahun 2018)

Perkongsian yang baik & inspiring me so much...target tahun 2018, nak berjimat...xmau lg beli barang2 yang xperlu...nk fokus utk keperluan anak2 & simpanan anak2 pada masa akan datang.kita pun tak tahu apa akan jadi pada masa depan kn....semoga istiqamah nanti..inshaallah...

RM20 sehari..Dengar nya macam besar jer untuk kita put aside sebagai simpanan kan.  Almaklumlah, purata penggunaan harian umi ialah RM20, yang umi gunakan untuk sarapan pagi dan tengah hari dan termasuklah untuk tapau 1 bungkus nasi atau kadang2 2 bungkus nasi utk anak-anak.  Kadang-kadang kos harian lebih daripada RM20.  Tengok mood makan macamana haritu.  So cabarannya ialah dapat tak umi simpan RM20 sehari ni mcam sis yang berdisiplin ni.  Kalau nak diikutkan, umi ni ada 3 orang anak, memang takkan lah umi nak simpan RM60.00 sehari kan.  Hehe maunya pengsan umi kalau macam tu.  So as a beginner, RM20 ni untuk ketiga-tiga anak dulu lah yer.

Dengan RM20, Ini Cara Bagaimana Saya Berjaya Simpan RM12,600 Duit Anak Dalam Masa Setahun


Credit to:
http://says.com/my/seismik/simpan-duit-rm12-ribu-untuk-anak-dalam-masa-setahun

Pendaftaran Kelas Taekwando Anak-anak

Umi masih ingat lagi, minggu ke dua sekolah bermula, Abg Long bawa balik flyers mintak umi baca.  Beriya Long nak masuk taekwando.  Umi buat tak tahu jer.  Tapi kessian pula tengokkan dia bersemangat tu, umi pun cuba-cuba lah dapatkan info lanjut tentang segala kos dan sesi belajarnya. 

Tanpa buang masa lagi, umi terus kol nombor phone kat flyers tu. Umi rasa berpuas hati so bagitau abi terus, then terus g daftar.Mungkin rezeki anak-anak umi, umi dapat grab time promosi, memandangkan umi antara 10 orang terawal yang register, anak-anak dapat freegift yang berharga RM40.00 sorang. Then diorang dapat join sesi latihan (rutin 1 kali seminggu = 4 kali sebulan) tapi yg. special nya, diorang dapat unlimited training. So boleh jer nak pergi berapa kali dalam seminggu di tempat2 latihan yang sedia ada. Apa lagi diorang tu, seronok lah. Last week umi antar 2 kali training. Minggu ni tengok lah 2 or 3 kali ker. Nak pilih tempat2 yang terdekat. 2 kali di Alor Gajah dan 1 kali di Paya Rumput. Inshaallah.

Teacher cakap kat sekolah pun ada taekwando. Tapi banyak proses dan level nya kalau nak masuk bertanding di peringkat negeri or national. Tapi kalau melalui persatuan peringkat negeri macam diorang, kanak-kanak yang berkelayakan boleh terus masuk bertanding di peringkat negeri.
Lagi satu sekarang aktiviti taekwando pun ada merit bagi pelajar di peringkat sekolah. Um tak kisah pun sebab aim umi ialah nak bagi anak-anak belajar asas pertahanan diri jer. Selebihnya biarlah bergantung kepada rezekiNya. Yang penting pengisian yang baik untuk anak-anak umi.

Seriusly hati umi memang macam tisu. Tengok teacher @ master pakaikan baju taekwando pun umi rasa dah sayu. Padahal bukan ape-ape pun..hehe. Master cakap parents xdigalakkan berada masa anak-anak training. So esok malam umi just akan pegi anta dan pick-up bila tamat training.
Sesi training berjalan selama 1 1/2 jam. Sepanjang perjalanan balik rumah, tak henti-henti dok mention master. Nampaknya seronok betul diorang ni.

Lepas daftar terus join kelas

Jangan cakap umi & adik x support ok.....

Dua-dua excited tu...

Long yang happy

See...Ngah yang paling kecik...hehe

Bercakap pasal kelas taekwando ni, bukan lah target umi untuk anak-anak ranking up ke level yang tertinggi.  Jauh lagi nak pikir sampai ke black belt tu.  Tapi lebih kepada untuk mendisiplinkan mereka dan menambahkan aktiviti yang bermanfaat untuk mereka.  Sebenarnya banyak faedah yang dapat diperolehi melalui aktiviti seperti ni termasuklah:

Sumber:  Google

Selain daripada itu, parents juga haruslah komited dan willing untuk bear dengan kos-kos yang akan terlibat sepanjang proses pembelajaran anak-anak.  Sebagai contohnya untuk kedua-dua anak umi ni, kos yang terlibat pada hari pendaftaran tersebut ialah RM230 (Pendaftaran & bayaran bulan pertama RM30) x 2 orang.  Jadi hari tu umi bayar RM460.00  Mengikut master, kaedah bayaran bulanan pada bulan seterusnya ialah perlu membayar sebanyak 3 bulan seterusnya (RM30 x 3 bulan) x 2 orang.  Jumlahnya ialah RM180.00.  So bayaran tersebut adalah bagi yuran bulan Feb-April.    Sekiranya anak-anak umi dah layak untuk ke peringkat seterusnya, akan ada bayaran lain bagi membeli peralatan kelengkapan pertandingan.  Apa-apa makluman akan diberitahu dari masa ke masa.  So setakat ni yang perlu ialah diorang menghadiri training tu setiap minggu dan kalau umi rajin, boleh lah umi menghantar diorang dengan lebih kerap lagi di lokasi-lokasi traning yang telah dimaklumkan.  


The Making of Apple Crumble

Alkisahnya semenjak cabut gigi ni, banyak terpaksa berpantang makan dek sebab takut sakit di tempat cabutan gigi tu.  Perut pun selalu berkeroncong...masa ni lah semua terasa nak makan..Masa ni lah terasa berharganya nikmat dapat makan.  Sampaikan apa sahaja makanan yang dibualkan oleh kawan-kawan, terasa terliur.

Beberapa hari lepas masa umi invigilate final exam dengan kawan umi, Caca...umi ada bertanyakan tentang macamana nak buat apple crumble.  Sebab umi pernah makan apple crumble yang Caca buat..memang best sangat...Memang air tangan Caca tak pernah tak sedap...semua sedap.  Seingat umi, tu lah kali pertama umi makan apple crumble.  Itupun dah beberapa tahun dahulu.  Tapi teringat-ingat sampai sekarang.  Jadi bila umi recall balik, terus terasa teringin nak makan.  Tambahan pula dengan perut yang selalu lapar ni...memang memanggil-manggil lah apple crumble tu.  Semakin teringin nak makan bila baca whatsapp dalam group, Caca menyebut nak bersilat buat apple crumble.  So memang kena buat lah ni.

Balik kerja petang semalam, singgah terus ke pasaraya dalam taman..terus umi grab buah epal hijau.  Yang tu paling penting tu..kalau tak der buah epal, tak menjadilah plan umi arini.

Ok ni lah langkah2 yang umi buat untuk siapkan apple crumble.  1st time umi buat ni, hope menjadi lah hehe.  Sambil dok recall resipi yang kawan umi ajarkan, umi cuba juga tengokkan resipi dekat internet untuk menambahkan keyakinan umi. Tambah-tambah kali pertama buat kan, tak boleh nak expect akan jadi macam orang dah biasa buat.  Tapi apepun, ni lah dia resipi basic yg kena ada untuk menghasilkan apple crumble ni.

Bahan-bahannya:

Bahan A:  Untuk inti 

*3 @ 4 biji epal hijau (bergantung kpd saiznya..kalau kecik, gunakan 4 biji)
*1 biji lemon (perahkan jusnya)
*1 sudu kecil serbuk kayu manis (kurangkan sikit kalau tak mau kuat sangat rasanya)
1 1/2 - 2 cawan gandum
2 sudu tepung kanji untuk pekatkan kuahnya nanti

Bahan B:  Untuk Kulit/Crumble nya

Sedikit garam (secubit garam)
1/4 ketul butter (if takder leh replace jer ngan planta/marjerin 3-4 sudu)
Sedikit baking powder/soda bikarbonat (umi xletak pun)
Sedikit air

*Nak bakar kulitnya nanti, pre heat oven selama 10 minit dalam suhu 190 macam tu.  Then lepas tu bakar dulu kulitnya sebelum nak masukkan apple tu.  Tapi umi hentam jer terus letak.  Sebab umi set kan masak selama 40 minit.

Seterusnya gini lah yang umi buat untuk menghasilkan apple crumble tu.

1.  Buah epal dibersihkan dan dibuang kulit.  Toskan seketika.

4 biji epal hijau & 1 biji lemon 
2.  Potong buah epal (ikut suka nak buat slice macamana, umi potong bentuk dadu).

Rupa epal yang dah dibersihkan dan dipotong dadu 
3.Masukkan semuanya ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. 
Masukkan dalam periuk bersama serbuk kayu manis

4. Perah buah lemon untuk mendapatkan jusnya.  Asingkan/buang biji utk elakkan rasa pahit.

Perahan lemon 
5.  Masukkan semuanya ke dalam periuk dan buka api sederhana.  Boleh masukkan perahan lemon dan kanji (larutkan dulu dengan sedikit air).  Tunggu sehingga epal tu dah lembut sedikit.  Bila dah rasa dah ok...boleh tutup api.
Gaulkan semua dalam periuk dengan api yang sederhana


Untuk menghasilkan kulitnya pula..kita campurkan gandum, secubit garam, if perlu letakkan baking powder/soda bikarbonat sikit, then butter (if tak der, ambik 3-4 sudu marjerin).  Then gaulkan semuanya.  If nak reserve sikit untuk tabur atas permukaan apple nanti, boleh simpan sikit gandum yang digaul ni.  If tak, boleh campur sedikit air dan uli sampai menjadi doh yang lembut.
Gambar di bawah ni umi snap untuk tunjukkan step menggaul nya.  Inshaallah semoga menjadi. 


Gandum yang digaul bersama bahan-bahan lain tadi
Umi buatkan doh dan simpan sikit crumble nya


Taraa....macam tak percaya jer dah nak dibakar ni.Ape lah rasanya nanti yer...

Yeay...gini lah hasil tangan umi yang pertama

Magic kan..tadi dalam bekas kaca...Masa nak masuk dalam oven tu, tetiba cuak lak, takut bekas kaca tu tak leh guna. Sudahnya hancur lah doh tu dek sebab umi alihkan ke bekas ni lak

Not too bad kan...Ini lah air tangan umi....hehe..terpaksa berpuas hati dengan rupanya yang tak cantik..Tapi bila makan, alhamdulillah, ada rasa apple crumble :)
Beginilah rupanya apple crumble umi yang pertama kali umi hasilkan.  Disebabkan umi dah buat magic di saat-saat nak masukkan doh dalam oven tu, gini lah rupanya yang tak presentable.  Hehe.  Jadi lah setakat nak makan kat rumah kan.  Lagipun yang makannya umi dan anak-anak jer.  Alhamdulillah..syukur dapat juga merasa apple crumble ni dalam keadaan yang tak sihat dan tak boleh makan macam biasa lagi ni. 

Inshaallah umi akan cuba perbaiki lagi kualiti presentation next time bila umi buat lagi.

Isnin, 15 Januari 2018

Pengalaman Cabut Gigi Bongsu Terimpak (Day 3)

Day 3:  12 Januari 2018 (Jumaat)

Arini masih lagi terasa sakit dan berdenyut, tapi arini umi kena masuk kampus jugak sekejap since ada sedikit perbincabgan tentang urusan krrja dengan kawan-kawan.  Selesai urusan tu, umi keluar makan dengan kawan lorong ofis umi dan Macam biasa, kenalah order bubur nasi.  Hehe. Dah rasa jemu asyik makan bubur nasi jer.  Kejap jer kenyang nya, nanti lepas tu mula lah berkeroncong perut umi. Tapi apa nak buat, umi bersabar je lah dulu. Inshaallah, ini semua sementara je kan. Bila dah sembuh nanti, umi boleh lah makan macam biasa. Masa tu dah tak perlu makan bubur lagi.  Hehe.

Oh ya malam ni aktiviti menghantar anak-anak ke latihan taekwando masih berjalan macam biasa.   Malam ni umi cuba juga pujuk tak antar diorang, tapi jawapannya memang dah boleh dijangka, memang nak pergi.  Hehe...kelakar rasanya Long & Ngah ni.  Beriya sangat nak attend training.  Bila balik rumah, itulah yang dibualkan.  Master pesan itulah, master cakap ini lah.  Hehe.  Walaupun umi penat dan sakit, umi sedayanya mahu memberi apa yamg anak-anak inginkan.  Bagi umi, ini juga sebahagian daripada didikan yang umi nak anak-anak kuasai.  Sekurang-kurangnya untuk pertahanan diri mereka selain daripada menjadikan mereka lebih berdisiplin dan meningkatkan keyakinan diri.  Tambahan pula, abi mereka tiada di sisi, anak-anak lelaki kan sukakan aktiviti lasak.  Jadi tak mengapalah umi layankan jer lah diorang tu.

Malam ni sebaik menghantar mereka ke tempat training, umi terus ke klinik.  Malam ni umi rasa sakit yang extra sakitnya berbanding hari-hari sebelum ini.  Nak kata umi tak makan ubat, umi memang makan selalu ubat tu, berkumur & gosok gigi. Doktor bertanya jika umi nak suntikan pada malam tu.  Bagai pucuk di cita, ulam mendatang lah.  Padahal umi plan nak datang minta ubat tahan sakit jer since ubat hospital tu hampir habis.  Since Dr dah offer, memang umi grab lah.  Dr juga bekalkan ibat tahan sakit khusus untuk kurangkan bengkak, dan ubat tahan sakit untuk dimakan pada waktu malam.  Umi juga dapat ubat antibiotik dan ubat titis ke dalam mulut untuk bagi kebas kawasan yang sakit tu.  Alhamdulillah, banyak ubat tu, dan mudah-mudahan dapat bantu umi di saat-saat umi perlukan. 

Sempat umi singgah KFC untuk belikan makanan kepada anakcanak umi.  Entah mengapa terasa nak spent untuk diorang malam ni, padahal petangnya anakcanak dah makan dah.  Tak apa lah, sesekali kita makan fast food kan.  Umitahu anak-anak memang suka sangat KFC ni.  Cuma umi tak jadikan sebagai kebiasaan lah. Jarang-jarang boleh lah.



Tak sempat-sempat tukar baju dah...Ngah sempat makan 5 ketul nugget, terus tertidur lepas tu.  Penat ya sayang...Long pula steady, dapat habiskan 1 ketul ayam dan pizza chizza.  Selebihnya umi makan dan simpan panaskan esok je lah nampaknya.  Dah la malam ni berbelanja lebih sikit menunya, anak-anak kepenatan kan...tak per lah..esok boleh makan lagi. 

Umi pula tidur lena malam ni dengan injection tadi.  Syukur.  Hope esok semakin ok...

Derita Cabut Gigi Terimpak (Day 2)

Day 2:  11 Januari 2018 (Khamis)

Hari ni makin terasa berdenyut-denyut tempat cabut gigi dan sekitar gigi.  Kadang rasa berdenyut tu kat gigi atas, kadang turun ke bawah.  Yang pasti memang tak selesa sangat.  Selang 6 jam umi akan cepat-cepat telan ubat supaya dapat menahan rasa sakit tu.  Tapi walaupun dah telan ubat, sakit tu tetap terasa, cuma kurang sikit je.  Rulanya macam ni sakitnya penanganencabut si bongsu tu. Sebelum ni umi dah banyak membaca pengalaman-pengalaman orang yang pernah cabut gigi bongsu ni.  Ada setengahnya bercerita yang memang sakit, ada juga yang cakap tak terlalu sakit.  So kalau pada pandangan dan pengalaman umi, umi rasa memang sakit.  Sebab tu lah, walaupun umi dapat 3 hari MC, tapi umi tetap pergi hantar anak-anak ke sekolah dan ke nursery so that umi boleh berehat sikit kat rumah.

Memandangkan umi tak boleh memakan makanan pejal lagi, jadi awal-awal lagi umi dah mencari kedai yang menjual bubur nasi.  Siksa betul nak makan.  Kena suap perlahan-lahan jer dan kena berhati-hati supaya tiada makanan yang terperangkap di dalam bahagian lubang gigi yang dah dicabut tu.  Dr dah pesan, memang kena bdrhati-hati, kalau tak, memang akan sakit.

Bubur nasi & milo ais
Since gusi masih bengkak, umi disarankan untuk minum ais bagi mengurangkan bengkak tu.  Tapi terasa ngilu pula bila terkena air sejuk dan terasa juga berdenyut-denyut tu.  Umi juga disarankan untuk makan aiskrim tapi umi tak makan pun.  Entahlah, bila sakit ni, tak lalu semuanya walaupun tahu ianya elok untuk penyembuhan.  Bukan apa, umi rasa memang lah aiskrim tu sejuk, tapi aiskrim tu manis kan.  So far umi ikut aturan pemakanan ubat dan berkumur sebanyak 3 kali sehari menggunakan ubat berkumur yang dibekalkan tu.

Hari kedua berlalu dengan harapan sakit semakin berkurangan tetapi benda tu tak jadi kenyataan pun.  Since sekarang musim final exam, hati jadi tak tenang juga walaupun dapat MC. Sebab tahu banyak benda belum setel, dengan kertas nak marking belum berusik lagi.  Ikutkan hati nak jer marking tapi dengan keadaan gigi yang berdenyut-denyut ni, ape benda pun tak boleh nak fokus.  So umi duduk diam-diam je lah dulu untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Petangnya seperti biasa umi jemput anak-anak di sekolah dan nursery.  Dalam fikiran malam ni dah teringat yang Long & Ngah ada latihan taekwando.  Hajatnya tak nak g anta lah diorang malam ni, sebab rasa tak larat.  Bila umi suarakan kepada anak-anak, diorang tetap bersemangat nak pergi latihan taekwando.  Alahai anak-anak....tak sampai hati umi nak bertegas tak hantar bila tengok diorang tu seronok dan tak sabar nak ke sana.  Untuk anak-anak umi, umi gagahkan juga lah.  Semoga ini semua menjadi asbab untuk kebaikan anak-anak umi di masa akan datang.  

Satu yang pasti dalam keadaan ini, umi selalu kelaparan dan time-time ni lah semua terkenang dan terliur.  Umi terfikir-fikir makanan apa yang umi boleh makan dalam keadaan macam ni, dan tibactiba jugak terbayang-bayangkan mashed potato yang pernah umi makan masa jamuan Hari Raya Perdana di kampus tahun lepas.  Memang sedap....homemade punya...kalau yang KFC tu tak terasa nak makan sebab dah biasa rasa, dah tahu rasanya.  Yang homemade tu, best sangat.  Tapi kalau nak order, minimum orderbya ialah untuk 100 pax..adus...takderlah sampai macamtu sekali dapat habiskan kan.  So nak tak nak, sebab perut lapar ajer, umi ingat lepas hantar anak-anak malam ni ke latihan taekwando, nak pergi cari barang-barang nak buat mash potato lah.

So terus umi ke pasaraya efamilystore kt Alor Gajah tu dan balik ke rumah untuk menyiapkan bahan-bahan memasak.  Berkejar jugak lah sebab nak kena jemput diorang pulak nanti.  Masa puntak panjang, diorang berlatih dalam sejam setengah jer.  Plus minus dengan masa umi ke pasaraya tu, memang buat kerja macam lipas kudung lah. Oh ya jangan dilupakan sebab boleh buat kerja tu sebabnya umi dah makan ubat tahan sakit..kalau tak..memang tak mampu nak masak tu.  So sempatlah umi rebus ubi kentang, buatkan kuah gravy nya..tinggal lagi nak lumatkan ubi kentang. Yang tu tergendala sekejap sebab umi bergegas g ambik anak-anak.  Balik tu sambung semula kerja-kerja yang ter3gendala.  Alhamdulillah...not that bad.  Memang tak dapat lah rasa seperti yang umi makan tu, tapi syukur alhamdulillah. At least, dapat juga isi perut yang kelaparan dan yang penting, homemade kan.  Merasalah hasil tangan sendiri sesekali. 

Inilah rupa mashed potato yang umi dapat hasilkan 

Syukur alhamdulillah.  Sakit gigi menjadi asbab umi belajar prepare sendiri mashed potato ni.  Terima kasih kepada empunya resipi yang umi ambil dari google.  Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan mereka.  Besar maknanya kepada umi yang betul-betul perlukan makanan begini pada masa ni. 

Malam ni dapat tidur dengan senyuman lah sebab dah dapat makan apa yang teringin hari ni. Tapi malam ni keadaan gigi tak banyak beransur pulih lagi.  Walaupun dah makan ubat dan dah gosok gigi dan berkumur dengan ubat yang diberi, kesakitannya masih belum berkurang.  Malah selang sejam umi terjaga dari tidur kerana terasa sakit berdenyut-denyut.  Ala cik gigi...please be nice to me....



Ahad, 14 Januari 2018

7 Petua Hidup Tenang

Untuk renungan dan peringatan diri umi yang sentiasa lemah dan banyak buat silap.  Jom didik diri sendiri.....Semoga dapat membaiki diriku sendiri ini...Amin....



Appointment Cabut Gigi Bongsu yang Terimpak

Semalam dah datang untuk appoinment adik Haziq, harini datang lagi untuk cabut gigi sendiri pula.  Cuak sungguh nak hadapi arini.  Sebenarnya pada asalnya umi g ke Klinik Pergigian Alor Gajah je.  Sebab tu paling dekat dengan umi.  Lagipun dulu dah pernah buat rawatan akar gigi kat situ.  Semuanya ok.  Nanti lain entri umi cerita tentang rawatan tu.

                                  Ini lah gambaran gigi bongsu yang bermasalah tu
                                                                   Cik Bongsu yang istimewa
Antara jenis kedudukan gigi bongsu yang terimpak.
Rasanya yang Umi punya Parrtial Eruption kot (Image dari Google) 

Hasil dari scan di Alor Gajah tu, Dr. mendapati gigi bongsu sebelah kanan umi berdekatan dengan saraf.  Jadi Dr terpaksa merujuk dan meminta umi melakukan cabutan tu di Hospital Besar Melaka kerana di sana terdapat pakar yang akan mengendalikan kes seperti umi ni.  Bila terbayangkan Hospital Melaka ni, em..nak tak nak, umi kena pergi jugak lah walaupun agak jauh.  Ye lah, Dr lebih tahu keperluan untuk rawatan pesakit kan.  Tak apa, umi boleh je ke sana.  So dengan segera juga, umi ke sana untuk mengambil tarikh appointment.

Sambil-sambil cuba membayangkan macamana keadaannya nanti, umi cuba juga tengok youtube tentang proses & prosedur cabut gigi tu.  Bila dah tengok tu, makin ngeri terasa.  Kadang-kadang terfikir jugak, cukup berani ker umi dan hadapi situasi tu.  Tapi bila fikir tentang sakit gigi ni, sampai bila umi nak bertahan kan.  Si bongsu belah kanan ni dah keluar habis dah,  Jadi umi asyik tergigit pipi jer, sampai teruk kena ulser.  Yang si bongsu belah kiri pula, dah mula sakit sejak dah keluar sikit tu.  Sakitnya susah nak cerita.  Tapi dia punya tangkap tu, sampai satu badan naik angin.  Serba tak kena rasanya.  Even makan ubat tahan sakit pun, masih lagi rasa sakit berdenyut-denyut.  Memang tekad dah nak cabut walaupun kebanyakan cerita yang umi baca bercerita sakitnya lepas pembedahan buang gigi tu.

Memandangkan surat rujukan ke Hospital Besar Melaka dah ada, umi ajak abi sekali temankan umi since time tu bulan Disember 2017, abi memang ada sebab cuti sekolah.  So sambil-sambil gi buat ujian pendengaran adik Haziq kali pertama, so semua sekali umi angkut pergi.  Once setel urusan adik Haziq, umi ke Unit Pakar Bedah Mulut tu untuk dapatkan appointment umi tu.  Pertama kali menjejakkan kaki ke Unit Pakar Bedah Mulut tu, umi rasa impress sangat.  Keadaan di situ tak lah terlalu crowded dibandingkan dengan unit-unit lain.  Susun atur di situ pun ok.  Umi sekali lagi diminta untuk scan gigi dan kali ni umi minta scan di kedua belah pipi umi coz by the time umi ke sana, gigi bongsu sebelah kiri pun sakit jugak.  Umi request untuk cabut kedua-duanya sekali since dua-dua problem kan.  Namun mengikut Dr, jika umi nak cabut kedua-duanya sekaligus, umi kena tunggu 5 bulan lagi untuk mendapatkan tarikh temujanji kerana prosedur untuk melakukan pembedahan kedua-duanya memerlukan pesakit untuk dibius sepenuhnya.  Berbanding dengan cabutan 1 gigi, umi akan diberikan tarikh yang hampir dekat, iaitu lebih kurang 2 minggu lagi.  Selepas selesai 1 gigi tu, umi masih boleh mencabut gigi yang satu lagi.  Jadi umi rasa ada baiknya umi pilih untuk cabut satu gigi dulu.  Tapi maknanya umi akan rasa 2 kali sakit lah nanti.  Tak mengapalah,  mungkin ada eloknya juga tu, at least mungkin tak lah sakit sangat kan sebab satu gigi je dulu dicabut.  Mungkin lebih cepat sembuh dan senang nak makan selepas operation tu.  Kalau operate kedua-duanya sekali, tak tahu macamana nak makan nanti. Hehe kesitu pula yang umi fikirkan. Tapi betul lah tu..Lagipun umi juga kena fikir tentang anak-anak. Kot-kot lah nanti nak handle anak-anak lagi, em tak per lah.  Dr pasti dah fikirkan semua tu kan.  InsyaAllah, itu yang terbaik.

So akhirnya umi dapat tarikh 27 Disember untuk temujanji pembedahan.  Namun segera umi minta tarikh lain sebab teringatkan 28 Disember tu ada pendaftaran pra sekolah Ngah dan sesi membayar yuran dan peralatan sekolah Long.  Jadi umi dapat tarikh baru, 10 Januari 2018.  Lega juga sebab at least umi ada extra masa sebelum tiba masanya tu.

Dalam menunggu tarikh tu, alhamdulillah, banyak perkara dapat umi selesaikan termasuklah pendaftaran persekolahan Long & Ngah sambil ditemani oleh abi yang masih ada di Melaka masa tu.  Bila umi check dengan jadual kerja, bertindih pula tarikh 10 Januari tu dengan satu tugasan lain di kampus.  Namun mujurlah dapat diselesaikan dengan bantuan rakan umi.  Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Sampai jugak masa yang mendebarkan ni..😅😅.

DAY 1:  RABU (10 JANUARI 2018) 

Orang first untuk cabut gigi arini

Cuba-cuba bertenang jer hehe

Nampak cozy kan..siyes kemas jer kt sini

Pagi ni umi hantar anak-anak awal ke sekolah dan terus drive ke Hospital Melaka.  Syukur arini walaupun ujan sepanjang jalan, tapi dapat sampai dalam 8:15 pagi.  Sambil-sambil tunggu dipanggil, umi cuba-cuba bertenang dan berlapang dada.  InshaAllah semuanya akan selamat. Doktor yang akan merawat umi hari ni ialah seorang doktor pakar iaitu Dr. Nor Azliana.  Sementara menunggu tu, umi berbalas wasap dengan abi dan kawan-kawan dulu.  Abi mendoakan agar segala urusan umi dipermudahkan arini.  Sempat umi maklumkan umi pergi sendirian arini selepas setel urusan menghantar anak-anak ke sekolah dan ke nursery.

Jam 9:00 pagi umi dipanggil.  Terasa berdebar dan takut sangat.  Gambar-gambar dalam bilik pembedahan am tu umi tak ambil sebab tak sempat-sempat pun.  Lagipun umi sorang-sorang je, kalau ada peneman leh mintak tolong ambikkan gambar. Ok umi cerita keadaan dalam bilik dewan pembedahan am tu ya.  Mengaplikasikan open concept layout, kita boleh lihat beberapa kumpulan doktor yang memberikan rawatan kepada patient dan boleh jumpa nurse di mana-mana ruang.  Tidak ketinggalan juga doktor-doktor pelatih yang sedang buat housemanship.  Terdapat dua bilik di bahagian sebelah kanan dewan tu.  Nama  umi dipanggil untuk masuk ke bilik belakang.  Sempat umi lihat di depan pintu tertulis Bilik Pembedahan Khas.  Di bilik sebelah tu umi nampak ada budak lelaki kecil sedang mendapatkan rawatan dan sesekali terdengar dia menangis.  Makin gerun umi.

Ada dalam lima 5 orang dalam bilik tu.  Sorang nurse, sorang pembantu am dan 3 orang doktor.  Kecut rasa perut.  Tapi umi tengok Dr Azliana rileks jer. Muda lagi Dr.  Bagusnya, muda-muda lagi dah jadi doktor pakar kan. Sekilas umi tengok ada image scan gigi umi yang akan dicabut nanti di monitor komputer dalam bilik tu.  Nurse minta umi duduk di atas kerusi sambil menunggu Dr membuat persiapan.  Umi diminta memakai kacamata hitam dan Dr. menghulurkan kertas yang menerangkan tentang prosedur & perkara berkaitan dengan penjagaan gigi selepas proses cabutan gigi nanti.  Dalam keadaan mata yang tak pakai cermin mata tu, umi cuba baca semampu boleh.  Then umi diminta untuk sign surat kebenaran mencabut gigi dan umi sedia maklum dan faham tentang segala risiko selepas cabutan gigi tu.  Doktor tanya umi nak cabut yang mana satu dulu, namun umi serahkan kepada Dr je nak cabut yang mana dulu.  Akhirnya diputuskan cabut yang sebelah kanan dulu sebab yang tu dah keluar semuanya dan yang paling dekat dengan saraf.  Umi terima jer pandangan Dr.  So bermulalah proses yang menakutkan tu.  Mulanya seorang Dr pelatih, masih umi ingat namanya Dr. Hadi yang menyapu liquid ke sekitar pipi, mulut dan hidung umi.  Sempat umi bertanya tujuan sapuan tu.  Dr memaklumkan ianya bertujuan untuk menghalang kuman dari memasuki kawasan mulut nanti.  Seterusnya Dr. Hadi mula menyuntik ubat bius di sekitar pipi dan gusi kanan umi.  Suntikan pertama tu tak terasa sakit pun, macam gigitan semut jer.  Tapi suntikan seterusnya tu agak sakit kerana disuntik ke gusi.  Apapun umi buat tenang jer.  Patutlah patient diminta untuk pakai cermin mata hitam.  At least tak gerun sangat tak nampak sangat apa yang sedang berlaku kan?  Selang beberapa minit Dr. cuba memastikan yang umi dah mula merasas kebas sambil mengetuk gigi dan gusi umi.  Umi masih terasa sakit so Dr. beri beberapa suntikan lagi.

Ginilah gayanya kot keadaan tu (Gambar dari Google) 

Kalau Dr Hadi tadi lembut jer cara kerjanya, berlainan dengan Dr Azliana.  Yelah, manakan sama Dr pelatih dan Dr. pakar kan.  Mesti Dr Hadi pun masih dalam proses belajar kan.  Tak boleh banding dengan Dr yang dah bergelar pakar.  Sempat Dr. Azliana tegur Dr Hadi, lembutnya U check condition patient. Hehe.  Aku dengar je lah.  Memang dah tak rasa ape-ape dah pun.  Tu dia, Dr. Azliana punya lah dia nak check umi dah betul-betul kebas tu, punya lah dia tekan situ dan sini.  Fuh..walaupun umi dah kebas, tapi boleh agak, dari cara dia tekan-tekan tu, memang kuat.  Takper lah dah tu prosedurnya.  Umi kadang pejamkan mata sebab tak berani nak tengok pisau. Tapi umi tunggu punya tunggu, tak der nampak pula Dr. pegang atau gunakan pisau.  Yang umi nampak, Dr. Azliana just gunakan penyepit dan tolak-tolak gigi umi.  Tapi tak pastilah yang mana satu jenis penyepitnya.


Tak tahu yang mana satu Dr. guna.  (Gambar dari Google)
Umi just cuba bertenang jer. Tapi tak boleh lupa lah, punya lah nerveous tu, tiba-tiba Dr. Azliana cakap, puan, puan jangan gigit kuat yer. Then barulah umi tersedar umi dah tergigit jari Dr. Azliana dalam mulut umi.  Hehe.  Malu jer kat Dr.  Then Dr. Hadi pesan, puan, rileks kan badan yer. Jangan keraskan badan.  Then umi realized umi mungkin keraskan badan kerana takut.  So umi cuba rilekskan badan dan Dr Azliana terus cuba mencabut gigi sambil berbual-bual dengan Dr. Hadi berkaitan kerjaya dentist.  Tak lama kemudian, Dr. Azliana berjaya mencabut gigi umi dan yang bestnya, tiada sebarang torehan dibuat.  Lega sangat umi.  Seingat umi, tak lama pun...dalam 15 minit macam tu jer umi kat dalam bilik tu.  Dr. terus tunjukkan gigi umi yang dah dicabut dan tanya if umi nak bawa balik gigi tu.  Terus umi cakap tak nak.  Tak sempat nak fikir ape-ape masa tu kot-kot lah nak simpan nak buat kenangan.  Tapi sekali dah cakap tu, no regret lah.  Sempat umi tengok gigi tu, elok jer tak rosak ape pun.  Boleh tahan panjang gigi dan akarnya tu.  Patutlah susah nak cabut gigi bongsu ni.  Alhamdulillah...semuanya dah selesai.  Dr. bagi 3 ari MC dan slip untuk mengambil ubat di farmasi.  Seorang staf terus memberi kad temujanji untuk mencabut benang dan cabutan satu lagi gigi bongsu sebelah kiri.  Namun kemudian tarikh mencabut benang tu dipotong since tiada sebarang jahitan yang dibuat.  So lega disitu.  Tarikh seterusnya ialah 28 Januari 2018 (oh...tabahkan diri sekali lagi yer)...

Setelah mengucapkan terima kasih kepada semua, dengan confident nyer umi keluar.  Rasa melayang-layang diri sebab gembira..Rasa macam tak lah teruk sangat sakitnya cabut gigi bongsu.  Yang umi tak berapa nak sedar diri sangat nye, masa tu ubat bius masih ada lagi, so manalah nak rasa sakitnya kan.  Lagipun tiada sebarang pembedahan, so memanglah cepat selesai semua.  Bila dah selesai ambil ubat, umi terus drive balik.  Syukur segalanya dipermudahkan.  Umi rasa lega sebab tak perlu susahkan sesiapa untuk urusan umi hari ni.  

Jam 11:00 pagi lebih kurang, umi dah selamat sampai di Alor Gajah. Memandangkan dah dapat MC 3 hari, umi tak ke pejabat.  So umi terus ke pasaraya berdekatan rumah dan membeli barang-barang mentah serta makanan segera seperti nuget untuk anak-anak.  Umi sempat juga beli soto untuk dimakan sekejap lagi coz dari pagi tadi sebelum ke hospital, umi tak makan ape-ape lagi.  

Sampai di rumah, umi berehat sahaja.  Kesakitan mula terasa.  Berdenyut-denyut. Oh..macam ni ker rasanya. Masa tu baru terfikir, patutlah Dr sarankan cabut 1 gigi dulu.  Tak boleh bayangkan kalau umi cabut kedua-duanya sekaligus.  Mesti berganda sakitnya.  Dengan tak boleh bukak mulut lagi, nak makan macamana kan.  Tu belum kira lagi proses penjagaannya, mesti lagi rumit.  Dengan nak kena uruskan hal anak-anak lagi..rasanya memang tak boleh bayangkan susahnya macamana tu.  Alhamdulillah...keputusan Dr. mencabut gigi bongsu sebelah kanan ni adalah yang terbaik.  Sebab ape...sebab yang tanpa sebarang torehan dan jahitan ni pun, sakitnya tak tertahan.  Sekarang ni dah la musim final exam...banyak lagi urusan marking paper belum siap...kalau Dr pilih untuk cabut gigi sebelah kiri tadi...rasanya lagi tak tertanggung sakitnya...mesti banyak kerja tergendala.
Selepas cabutan gigi.  Ada nampak umi happy? Hehe
Ubat-ubatan yang dibekalkan
Oh...ape nak buat ni......sakit oooo......
Cepat-cepat umi telan ubat dan berharap agar cepat-cepatlah hilang sakit.  Tapi ambik masa juga sebelum terasa kesan ubatnya.  Jadi bersabar jer lah yer.  Untuk hari ini dah seterusnya, umi kena banyakkan bersabar.  InshaAllah...semoga dipermudahkan segalanya.  
  

Majlis Amanat Tahun Baharu Rektor 2018 & Perhimpunan Bulanan Bil.1/2018

Masuk ofis pagi ni, tak sempat nak buka emel since pagi ni ada majlis yang perlu dihadiri.  Then terus ke Dewan Bendahara untuk Majlis Aman...